Nampak sangat PH hanya mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa memberi perhatian kepada keselamatan rakyat. Tanpa projek tebatan banjir, kerajaan negeri dan pemaju tidak perlu membelanjakan duit yang banyak lantas, keuntungan kepada kerajaan negeri juga akan bertambah. Sebaliknya rakyat Selangor terpaksa berhadapan dengan banjir kilat yang berterusan sebagaimana yang dialami sekarang dengan kematian yang mencecah 50 orang.
KERAJAAN BN MULAKAN PROJEK TEBATAN BANJIR DI SELANGOR TETAPI KERAJAAN PH SELANGOR TELAH BATALKAN
Kesengsaraan rakyat Selangor rupa-rupanya berpunca dari kerajaan PH Selangor yang telah membatalkan projek tebatan air yang dimulakan semasa pentadbiran BN di Selangor dengan alasan ianya tidak memberi manfaat besar bagi Selangor. Rakyat Selangor tidak akan lupa perkara ini.