Kenyataan YAB PM itu adalah satu libasan pada wajah pemimpin DAP, yang juga penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang masih tidak sedar diri, dan mahu menyaman PM DS Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia, dan SPR kerana pembubaran Parlimen yang telah diisytiharkan pada 10 Okt, Isnin lalu. Pemimpin DAP itu juga wajar memohon maaf kepada DYMM SPB YDP Agong, atas tindakannya yang turut membabitkan kedaulatan baginda yang berkuasa memperkenankan pembubaran parlimen. Dengan kata-kata lain, dia telah turut menghina kerana mempertikaikan kebijaksanaan Tuanku untuk memperkenan selepas menilai keadaan semasa politik serta mendapat taklimat Jabatan Meteorologi Malaysia yang meramalkan negara hanya akan menghadapi Monsun Timur Laut bermula pertengahan November ini dan berakhir pada Mac 2023.
(Video) PH AMAT TAKUT JIKA PARLIMEN DIBUBARKAN
Lihat sahaja lima PRK terakhir di Semenyih, Cameron Highlands, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis yang menjangkau Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah, semuanya merupakan referendum bahawa PH tiada lagi mendapat mandat rakyat sebagaimana mereka laung-laungkan.
BEKUKAN AKAUN DAP
(Diselitkan VIDEO ucapan kontroversi P Ramasamy -menjulang perjuangan militan LTTE) Pada 13 Oktober, pihak polis Cawangan Khas Bukit Aman telah mendedahkan wujudnya transaksi kewangan dalam jumlah yang besar untuk menggerakkan kumpulan LTTE (Kumpulan militan Pembebasan Harimau Tamil Eelam) di Malaysia. Transaksi dana tersebut dan kaitannya dengan penangkapan aktivis LTTE, pastinya melibatkan akaun parti DAP, apabila... Continue Reading →