Dia memfitnah bahawa melalui siasatan dalaman PAC ke atas projek tersebut, setakat tahun ini (2022) telah menelan belanja RM6 bilion meskipun tidak ada satu kapal perang berjaya disiapkan. Sejurus selepas PRU14, pengerusi LTAT, pengerusi serta CEO Boustead dan Panglima Tentera turut ditukarkan oleh kerajaan PH untuk memasukkan kroni-kroni mereka. Boustead rugi, pekerja Boustead dibuang kerja, vendor-vendor tempatan rugi, kepakaran tidak dapat dibina, LTAT rugi, TLDM juga rugi sebab tiada kapal baharu dan kerajaan rugi sebab telah belanja RM6 bilion tanpa sebarang hasil. Siapakah yang ‘menang’ jika projek dibatalkan? PH yang menang sebab boleh samakan projek ini dengan dongeng projek terowong mereka untuk dijadikan "skandal BN".