PRN JOHOR PERLU SEGERA DIADAKAN UNTUK RAKYAT TENTUKAN MANDAT MEREKA

PRN Johor bukan soal perebutan kuasa tetapi soal kestabilan politik bagi memudahkan gerakan dan tindakan kerajaan negeri untuk terus membela rakyat serta menentukan kestabilan ekonomi. PRN Melaka dan Sarawak misalnya telah dengan jelas membentuk satu kestabilan politik dan inilah yang diperlukan untuk mengubah kemelut kestidakstabilan negara hari ini. Lihatlah bagaimana beberapa gergasi pelabur asing telah lari ke Indonesia meninggalkan Malaysia, yang sudah pastinya membawa dampak yang amat terkesan kepada ekonomi Malaysia yang telah parah disebabkan salah tadbir kerajaan PH dan PN pimpinan Muhyiddin Yassin terdahulu.

PH AKAN KALAH LAGI DI PRN SARAWAK SETELAH KALAH DI PRN MELAKA

Kini pengundi Sarawak perlu tunjukkan bahawa Sarawak perlu bebas daripada pimpinan yang ekstrem, rasis dan porak-peranda seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, serta Anwar Ibrahim yang masih lagi tercalit dengan kes seks songsang, dan Mat Sabu yang dikatakan ‘menteri pertahanan terbodoh di dunia.’ Apa yang rakyat Sarawak perlukan adalah kerajaan dan pimpinan yang menepati janji, yang mementingkan kebajikan rakyat dan negara, bermoral dan penuh integriti.  PH pastinya akan kalah lagi di Sarawak dan kekalahan PH kali ini dipercayai akan meranapkan terus PH pada PRU15 nanti. Rakyat tidak pernah memberi mandat kepada penipu pembohong, pemfitnah dan manifesto yang hanya sesuai dijadikan kertas tisu tandas.

AWAL-AWAL LAGI ADUN BERSATU SUDAH MENGAKU KALAH

Namun amat aneh, apabila Rafiq mahu berpindah ke Teluk Mas sedangkan dia boleh memperoleh undi lebih besar sekiranya dia bertanding di Paya Rumput. Apabila PH tidak mahu menerima keempat-empat pembelot kerajaan Melaka itu, besar kemungkinan Norr Effendi akan bertanding atas tiket Bebas. Manakala PAS juga pasti mahukan kerusi DUN Teluk Mas kerana sokongan kepada calonnya agak tinggi meskipun mereka kalah pada PRU14. Bersatu hanya memang dua kerusi, PAS langsung tidak memenangi sebarang kerusi, manakala UMNO-BN telah memang 14 kerusi semasa PRU14. Kemenangan Bersatu-PH pada PRU14 bukanlah kemenangan yang benar-benar merupakan sokongan ikhlas pengundi, sebaliknya pengundi telah ditipu dengan janji palsu, fitnah dan pembohongan.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: