Meskipun ia sekadar meliputi urusan parlimen dalam hal memperkukuhkan peranan PN selaku pembangkang, dan menyelaraskan pengurusan parti, namun menguar-uarkannya sebagai ‘Barisan Kabinet Bayangan’, pastinya mengelirukan rakyat. Pelbagai spekulasi terbangkit, yang antara lain ia seperti menubuhkan satu barisan ‘Kabinet PN’ untuk menentang, menjatuhkan, dan menggantikan Kerajaan Perpaduan yang telah diperkenankan oleh DYMM SPB YDP Agong bagi menerajui pentadbiran negara. Sekiranya ia adalah satu strategi ‘psywar’ atau perang saraf untuk menentang barisan kabinet ‘Kerajaan Perpaduan’ sedia ada, maka sudah terang lagi bersuluh, ia hanyalah mamai di siang hari.
MENTERI BIDAS DAKWAAN BLOOMBERG MALAYSIA NEGARA ‘FAILED STATE’
"Masih ada undang-undang, kesantunan sosiopolitik, pemerintahan yang baik dan sistem penyelenggaraan yang berfungsi, apatah lagi tidak ada tanda-tanda sistem itu rosak. Amat jelas boleh dilihat di mana-mana orang ramai tidak dinafikan hak mereka untuk membuat laporan polis terhadap sesiapa sahaja, termasuk pemimpin kerajaan. Situasi sedemikian tidak akan berlaku dalam negara disfungsi ‘failed state’ atau negara yang menuju ke arah itu, bidas Redzuan.
(VIDEO) TOLONG KAMI KELAPARAN
Hari ini 25 Julai, seluruh rakyat Msia menerima berita sedih apabila jumlah jangkitan Covid mencapai angka 17ribu lebih yang mengatasi jumlah jangkitan di Thailand. Malahan Msia mencatat kadar tertinggi jangkitan per juta penduduk di dunia. jelaslah proklamasi Darurat hanyalah mainan politik, manakala jangkitan Covid19 terus meningkat. Rakyat miskin menderita kelaparan, kehilangan punca pendapatan, ada yang kematian ayah-ibu dan suami yang menjadi tunggak rezeki harian, ada yang terlalu depresi lantas membunuh diri. PM masih percaya dapur rakyat penuh, bermakna PM gagal memahami penderitaan rakyat.
BENDERA PUTIH PETANDA KEKALAHAN RAKYAT ATAU SIAPA?
Adakah memasang bendera putih itu menggugurkan maruah? Nak jaga maruah atau nak jaga nyawa anak-isteri? Berdoa lebih baik daripada memasang bendera putih seperti saranan Nik Abduh itu betul. Namun setelah berdoa dan memasang bendera putih, kemudian ada yang datang membantu, tidakkah itu pertolongan daripada Allah juga?