PH PUNCA BADAN PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN NEGARA ROSAK DAN JIJIK

Secara kasarnya ia bermula dengan pendekatan diktator yang digunakan oleh Dr Mahathir apabila dialah PM pertama yang mencampuri urusan badan kehakiman negara, sebagaimana didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad. Persepsi rosaknya badan kehakiman negara, menjadi hangat apabila pemimpin DAP, Lim Guan Eng terlibat dalam kes Pembelian Banglo Murah dan kes rasuah Terowong Bawah Laut.

FBI TIDAK DAKWA NAJIB TERLIBAT

Seorang pegawai FBI dalam testimoninya di Mahkamah US memberitahu bahawa sejumlah AS$756 juta berkaitan 1MDB telah dipindahkan ke akaun DS Najib. Tetapi yang paling aneh, apabila bekas Peguam Negara PH, Tommy Thomas telah mengisytiharkan bahawa "adalah di bawah pengetahuan umum bahawa Zeti dan suaminya memudahkan Jho Low dalam 1MDB". Namun penyiasatan ke atas bekas Gabenor itu dan keluarganya nampaknya berjalan pada kadar yang sangat perlahan. Ia membuktikan bahawa isu ini disembunyikan daripada umum selama bertahun-tahun sehingga ia mula dibangkitkan secara terbuka pada penghujung 2020. Namun itu tidak membawa apa-apa makna untuk mendakwa DS Najib bersalah, kerana sesiapa sahaja boleh memasukkan wang ke akaun anda, apatah lagi sekiranya akaun bank anda itu adalah di bawah pengetahuan pihak yang berkonspirasi untuk menjatuhkan anda .

TIADA GUNA ROMBAK KABINET SEKIRANYA MASIH MEMILIH MENTERI KERAJAAN GAGAL MUHYIDDIN

Sekiranya Ismail Sabri hanya mahu mengubah portfolio menteri, seperti mengubah tempat duduk, maka tidak payahlah merombak kabinet, percepatkan sahaja PRU, supaya katak-katak politik termasuk pihak hipokrit agama yang mencabul piagam MN dapat disingkirkan. Rakyat sedang menyimpan dendam dan sebahagiannya telah mereka bayar pada PRN Melaka, PRN Sarawak dan tujuh PRK sebelum jatuhnya PH.

DS NAJIB BUAT LAPORAN POLIS BERKAITAN MAKLUMAT PENTING DALAM KES SRC DAN 1MDB YANG DISEMBUNYIKAN PIHAK PAKATAN HARAPAN

Sebagai rakyat Malaysia kami juga melihat satu demi satu, kebenaran yang didedahkan oleh Allah untuk menunjukkan kezaliman individu berkenaan serta kroninya yang tidak boleh lagi dikompromi. Ia membuktikan dengan jelas daripada pendedahan bekas Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, bahawasanya terdapat konspirasi untuk memusnahkan hidup DS Najib Tun Razak.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: