ISU MORATORIUM- ZAFRUL JANGAN JADI BACUL TERHADAP KAPITALIS PERBANKAN

Aneh dan amat mengecewakan apabila pada 1 Jun berkontradik dengan kenyataan akhbar sebelumnya, Zafrul mengeluarkan pula kenyataan yang agak bercanggah apabila dia berkata bahawa kerajaan tidak dapat mengawal pihak bank bagi menentukan bentuk bantuan kepada peminjam atau moratorium. Kenyataan yang rakyat lihat sebagai berbelit-belit daripada PM yang tidak selari dengan kenyataan Menteri Kewangan amat jelas menunjukkan bahawa kuasa unilateral kerajaan PN, tanpa sidang parlimen amatlah mengecewakan rakyat.

AKHIRNYA MUHYIDDIN LULUSKAN MORATORIUM

Walaupun soal moratorium bagi peminjam bank yang berjumlah 5 juta, tidak disebut sebagaimana liputan dan berita yang disiarkan oleh Astro Awani dalam perutusan khas Pemerkasa PLUS PM, TS Muhyiddin Yassin, bagi membantu rakyat menghadapi PKP Penuh 3.0, namun Malay Mail online telah melaporkan dengan jelasnya bahawa dengan persetujuan Bank Negara, moratorium akan tetap dilaksanakan.

WordPress.com.

Atas ↑