KE MANA PERGINYA PROJEK TEBATAN BANJIR YANG PERNAH PH CANANGKAN PADA 2012?

Nampak sangat PH hanya mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa memberi perhatian kepada keselamatan rakyat. Tanpa projek tebatan banjir, kerajaan negeri dan pemaju tidak perlu membelanjakan duit yang banyak lantas, keuntungan kepada kerajaan negeri juga akan bertambah. Sebaliknya rakyat Selangor terpaksa berhadapan dengan banjir kilat yang berterusan sebagaimana yang dialami sekarang dengan kematian yang mencecah 50 orang.

ANWAR LUPA GUAN ENG MENANGIS MERAYU BANTUAN BN KETIKA PULAU PINANG DILANDA BANJIR

Jika sekiranya Anwar merujuk kepada keadaan di Selangor maka Anwar harus bertanya siapakah yang memerintah Selangor? Rakyat juga masih ingat bagaimana Lim Guan Eng, sekutu sehidup-semati Anwar yang kini amat lantang menghentamnya, menangis merayu bantuan kerajaan BN membantu Pulau Pinang ketika banjir melanda pada Nov 2017. Kerana bijaknya dia bercakap, PKR kalah teruk di PRN Melaka dan PRN Sarawak tanpa memenangi satu kerusi DUN pun.

MENTERI BERSATU DIKRITIK KERANA LEMBAB BERTINDAK DALAM PENGURUSAN BANTUAN BENCANA

Malahan, ada NGO yang mendesak kerajaan menggugurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad dari Bersatu yang mengetuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kerana gagal menguruskan banjir besar di beberapa negeri seluruh negara. “Di sinilah NADMA sepatutnya memainkan peranan utama dan bukannya seperti melepaskan batok di tangga,” tegas Shahbudin. Adakah Latif sengaja mahu membentuk persepsi buruk terhadap kerajaan pimpinan DS Ismail Sabri.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: