VIDEO – LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM NEGARA TANDA AWAL KESABARAN RAKYAT TIDAK TERBENDUNG LAGI

Sekiranya kemelut badan kehakiman ini berterusan nescaya rakyat akan bangkit menentangnya demi keluhuran dan kedaulatan undang-undang sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Mungkin PRU15 ini merupakan permulaan kepada luahan rasa kesabaran rakyat yang tidak boleh dibendungkan lagi.

KABINET TIDAK BOLEH BERDIAM DIRI TERHADAP ISU ‘RASUAH’ PEGAWAI TINGGI SPRM

Sivarasa berkata insiden itu telah menunjukkan bahawa pencegahan rasuah bukan hanya mengenai penubuhan yang dipanggil badan pengawasan di bawah undang-undang dan sekadar berkata "kami telah menjalankan tugas kami dan badan-badan ini akan memastikan integriti SPRM adalah utuh". Bagi Sivarasa, mesej yang salah dihantar oleh SPRM sendiri - bahawa tingkah laku rasuah boleh diterima. Rakyat akan hilang kepercayaan terhadap ahli politik yang mereka lantik sekiranya masing-masing tebal dengan doktrin ‘budak kita’ kerana ia seakan-akan membenarkan rasuah jika ia membabitkan ‘orang mereka'.

MENGAPA PADA ERA ISMAIL SABRI BERKUASA, TERBONGKAR PEKUNG SPRM?

Rakyat terkejut apabila Pengerusinya, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang mengeluarkan kenyataan bahawa sesuatu kes diambil tindakan oleh SPRM ketika itu tidak telus serta tidak profesional dan lebih menjurus kepada kepentingan politik telah menyebabkan pengurusan SPRM yang ada sekarang terpaksa menanggung implikasinya. Pada 21 Sept terbongkar pula kes kehilangan wang bahan bukti kes rasuah sejumlah RM25 juta yang dicuri dan digantikan dengan wang palsu ketika bahan bukti berada dalam simpanan SPRM. Kehilangan yang boleh diterjemahkan sebagai ‘kecurian’ adalah satu kes, manakala menggantikannya dengan wang palsu, adalah satu kes lagi.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: