Nampaknya dengan pelantikan Anwar sebagai PM, ramailah yang akan kepanasan, termasuk Tun Mahathir serta kroni-kroninya. Walau bagaimanapun rakyat amat berharap agar Anwar turut membongkar segala musibah badan perundangan dan kehakiman negara yang telah dinodai oleh Tommy Thomas serta mereka yang turut terkait seperti Mohd Nazlan Ghazali, bekas Gabenor Bank Negara, serta pelantikan Ketua Hakim yang bercanggah dengan perlembagaan.
LEGASI ANWAR DI PERMATANG PAUH RUNTUH JUGA AKHIRNYA
Legasi Anwar di Permatang Pauh terbina sejak 1982 lagi ketika dia masih bersama UMNO setelah ditarik masuk oleh Tun Dr Mahathir yang melihat potensi dan kalibernya dalam ABIM. Kini tahun 2022, pengundi tidak mudah lagi tertipu dengan wakil rakyat yang lebih suka menjauhi rakyat tetapi hanya muncul ketika musim pilihan raya.
DILEMA KEBIJAKSANAAN UMNO MEMILIH RAKAN GABUNGAN, PH ATAU PN
Apabila beberapa pemimpin tertinggi UMNO mengadakan pertemuan dengan pemimpin PH di Hotel Seri Pacific yang diura-urakan sebagai menentukan kata putus membentuk kerajaan baharu, ramai yang terkejut kerana selama ini disangkakan UMNO amat tegar dengan prinsip “No Anwar, No DAP’. Namun ia merupakan satu dilemma yang amat menghimpit dalam kebijaksanaan memberi pertimbangan tentang kedudukan UMNO dalam kerajaan baharu.
VIDEO MAHASISWA MUDA TIBAI ANWAR HINGGA TERSUNGKUR
Anwar tidak usahlah bercakap tentang tuduhan rasuah berbilion, sekiranya Peguam Negara PH, Ketua SPRM, dan Hakim PH dilantik untuk melaksanakan rencana PH dalam strategi dakwaan terpilih untuk menjatuhkan mush politik PH. Anwar juga usahlah bercakap tentang ekonomi merudum sekira PM lebih banyak membangkitkan kemarahan negara-negara pelabur seperti China dan India. Bukan itu sahaja, Menteri Pertahanan PH yang diterjemahkan sebagai ‘Menteri Pertahanan terbodoh’ dunia dari aspek latar akademik serta ilmu ketenteraan telah mengeluarkan kenyataan yang memomokkan kelemahan sistem pertahanan yang menakutkan pelabur.
PH TUDUH UMNO, SEDANGKAN PH TELAH PUN TERBUKTI CABULI URUSAN PERUNDANGAN KETIKA BERKUASA
Lantas tidaklah hairan nanti sekiranya PH menang dan berkuasa sebagai kerajaan semula, maka mereka akan mengambil langkah yang sama, iaitu melantik Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Hakim Negara untuk membebaskan penjenayah daripada konco-konco mereka.