RETAK PADA PH MENANTI BELAH

Mungkin DS Anwar merasakan amat wajar menggunakan logo PKR, kerana logo itulah yang membawa kemenangan kepada PH semasa PRU14. Kini terbangkit pula isu kemanjaan Syed Saddiq yang mengendeng-ngendeng DAP dan Amanah untuk mendapatkan kerusi mudah-menang di Johor. Kehadiran Warisan pula membangkitkan kemarahan DAP kerana Warisan akan bertanding di kawasan yang didominasi oleh kaum Cina.

PAS BERETORIK TENTANG PERPADUAN MELAYU-ISLAM

Nampak sangat PAS hanya beretorik kerana jika dia benar-benar mahu menyatukan umat Melayu-Islam di negara ini, kenapa tidak tarik bersama parti Amanah dan PKR? Jelas sekali PAS termakan dengan pancingan Bersatu, apabila ia kelihatan seperti lebih memanjakan Bersatu, parti ciput melukut di tepi gantang itu. Kalau jujur hendak menyatukan parti yang tidak berpihak kepada pembangkang, PAS sepatutnya mengutamakan UMNO daripada parti ciput seperti Bersatu.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: