Adakah pendedahan Netanyahu itu telah menjawab persoalan yang terbangkit terhadap kecenderungan Al-Jazeera memburukkan Malaysia dengan dokumentari Rayhan Kabir, justeru diterjemahkan sebagai fitnah dan agenda memburukkan Malaysia?
Sekiranya apa yang didedahkan oleh Netanyahu itu merupakan satu fakta bahawa Al-Jazeera adalah tali barut Israel dan diklasifikasikan sebagai intelijen (perisik) Israel, maka pihak keselamatan Malaysia hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya dan berwaspada terhadap Al-Jazeera.