GELI HATI APABILA PN GESA UMNO KEKALKAN PENYANDANG KERUSI PARLIMEN KATAK-KATAK POLITIK

Kebanyakan katak-katak politik ini sebelumnya adalah keldai-keldai Mahathir, yang meninggalkannya untuk bersama TS Muhyiddin Yassin, setelah mereka sedar rakyat membenci PH serta Perdana Menteri 22 bulannya. Mereka sanggup membiarkan Mahathir terkial-kial dengan hanya 4 ahli parlimen daripada 222 untuk kekal bersamanya, bagaikan ‘zombie’ atau bangkai hidup yang sedang mencari mangsa untuk kesinambungan hayat. Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim juga turut menggesa UMNO agar penyandang yang telah menang kerusi parlimen pada PRU14 dikekalkan atas tiket Bersatu dan tidak diganggu. Lantas adakah PAS akan membiarkan dan tidak akan mengganggu ahli parlimen atau ADUN Amanah yang telah menang pada PRU13 atas tiket PAS?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: