Sehinggakan, semasa menunggu untuk mengambil ubat di Hospital Putrajaya tengah hari 24 November 2022, isteri saya terdengar seorang pesakit perempuan berkata, “Kali ni DAP tak ada, cuma PKR. Cina tak ada pun, semua Melayu. PH la ni berlain daripada PH dahulu. Dulu PH Mahathir. Ini PH Anwar. Kita sokong pun tak apa.” Begitu berkesan sekali taktik mereka. DS Anwar dari awal lagi bersetuju untuk mengadakan kerajaan perpaduan. Alasan yang digunanya ialah beliau tidak mahu derhaka kepada YDPA. Sebenarnya beliau tahu itulah satu-satunya cara untuk beliau menjadi PM.
DILEMA KEBIJAKSANAAN UMNO MEMILIH RAKAN GABUNGAN, PH ATAU PN
Apabila beberapa pemimpin tertinggi UMNO mengadakan pertemuan dengan pemimpin PH di Hotel Seri Pacific yang diura-urakan sebagai menentukan kata putus membentuk kerajaan baharu, ramai yang terkejut kerana selama ini disangkakan UMNO amat tegar dengan prinsip “No Anwar, No DAP’. Namun ia merupakan satu dilemma yang amat menghimpit dalam kebijaksanaan memberi pertimbangan tentang kedudukan UMNO dalam kerajaan baharu.
UMNO MUSNAHKAN MUSUH DALAM SELIMUT, GUNTING DALAM LIPATAN
Terdapat kelompongan dalam Akta Anti Lompat Parti. Lantas, sekiranya pihak parti membuangnya, melucutkan keahliannya atau memecatnya kerana sikap belot, membelakangkan parti, dan khianat kepada parti, dia juga masih kekal dengan status ADUN dan Ahli parlimen yang disandangnya.