ERA KERAJAAN KATAK SUDAH BERAKHIR DENGAN LULUSNYA RUU ANTILOMPAT PARTI, TAPI KATAK MASIH TUNTUT JAWATAN TPM

Apa gunanya mahu melantik TPM sekiranya penggal Parlimen sudah menghampiri hujungnya, ibarat kata, “apa gunanya memasang layar jika perahu sudah sejengkal di pelabuhan”? Malah kelulusan RUU Anti Lompat Parti adalah signal bahawa penggal Parlimen ke-14 ini akan dibubarkan, dan pilihan raya akan diadakan untuk ‘reset’ semula kerajaan ‘tebuk atap’ yang telah berjaya menyingkirkan PH.

VIDEO – PAS TIDAK YAKIN DAN TIDAK MAHU GUNA LOGO PN PADA PRN MELAKA

PAS nampaknya tidak yakin dengan sokongan pengundi kepada Perikatan Nasional, apatah lagi Bersatu yang pada PRU14 adalah rakan sekongkol PH. Bersatu, khususnya Muhyiddin Yassin amat mengharapkan sokongan PAS dan UMNO demi survivalnya, yang lebih banyak dianggotai oleh katak-katak politik, manakala Bersatu Bahagian Pagoh kubu kuat Muhyiddin sendiri, sudah banyak cawangannya dibubarkan.

DAP MAHU TIMBALAN SPEAKER JENIS MULUT BUNTUT AYAM

Pemimpin DAP yang mereka pilih adalah contoh terbaik samseng politik bagi bangsa DAP yang mereka sanjung kerana kehebatannya mengutuk mengeji sehingga menghina pemimpin di alam kubur. Adakah mereka lupa apa yang diujarkan oleh mulut biadap Nga Kar Ming yang diterjemahkan sebagai menghina sehina-hinanya Tun Dr Mahathir. Bukan sahaja dia ‘mendoakan’ kematian Mahathir tetapi dia juga menghina Mahathir di alam barzah.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: