(VIDEO) RONNIE LIU DAP, PEMBELA PEKEBUN DURIAN HARAM RAUB, ADA DNA KOMUNIS

ADUN DAP Sungai Pelek, Ronnie Liu yang pernah mengaku bahawa datuk dan abangnya adalah pejuang dan ahli gerila komunis, telah merentas negeri semata-mata membela pekebun haram tanaman durian yang terdiri daripada kaum Cina di Raub. Selain itu, ADUN Sungai Pelek ini juga telah mengutuk Mahathir sebagai ‘harimau kertas’ Asia, tetapi kemudiannya memuji Tun Mahathir kerana kenyataannya yang tidak membantah penyeludupan abu mayat Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng. Tidak hairanlah jika ada yang berpendapat bahawa, sekiranya DAP terus mendominasi kuasa kepimpinan negara, Malaysia akan menjadi Republik Rakyat Komunis.

WordPress.com.

Atas ↑