KEJAYAAN TERBESAR PH – MEMBAWA BALIK ABU MAYAT CHIN PENG

Membenarkan mayat Chin Peng kembali ke tanah air boleh membangkitkan kemarahan waris mangsa korban yang majoritinya Melayu, dan berpotensi membangkitkan pergolakan kaum, kerana sebagaimana yang dicatatkan oleh seorang penganalisis politik, Nagata (1979:14) gerila komunis Malaya dilabelkan sebagai Cina dan Cina dilabelkan sebagai komunis. Selain itu PH juga telah berjaya membina satu budaya baru (precedence) iaitu ‘perhimpunan bekas pejuang gerila komunis’ di sebuah institut milik Dong Jiao Zong di Kajang Selangor.

(VIDEO) ADAKAH PDRM DAN ATM AKAN MEMBISU KETIKA GERILA KOMUNIS SUDAH BERANI MENONJOLKAN DIRI?

Pada 1 Disember, di tengah-tengah kehangatan dan sentimen antikomunisme dan antigerila komunis yang diterjemahkan sebagai gerakan menghidupkan neo-komunisme, heboh pula berita kira-kira 400 bekas gerila komunis daripada Parti Komunis Malaya mengadakan perhimpunan di Kajang. Pelbagai eskapisme (alasan dangkal) untuk mewajarkan perhimpunan mereka, antaranya untuk meraikan ulang tahun Perjanjian Hatyai 1989 dan bertemu kembali rakan-rakan pengganas... Continue Reading →

(Video) – DAP DI SEBALIK PERJUANGAN KOMUNISME-BAHARU

NAMPAKNYA isu penyeludupan abu mayat Chin Peng laknatullah tidak tamat di situ sahaja. Ada usaha lanjutan untuk mengangkat perjuangan pengganas komunis sebagai perjuangan kemerdekaan yang lebih merupakan usaha DAP yang buta sejarah atau sengaja mahu mengubah sejarah. Kira-kira 300 bekas pengganas komunis telah berhimpun di Kajang, sebagai satu usaha untuk menggesa rakyat menerima mereka sebagai pejuang... Continue Reading →

(VIDEO) TUN MAHATHIR LUPA DENGAN PENDIRIANNYA TENTANG ABU MAYAT PENGGANAS CHIN PENG

Amatlah penting untuk diingatkan bahawa Chin Peng tidak pernah berusaha untuk mendaftarkan dirinya sebagai warganegara Malaysia. Dengan itu dia telah menolak segala hak sebagai seorang warganegara Malaysia. Namun ada kemungkinan konco-konco Chin Peng akan cuba berhimpun untuk mendewa-dewakannya di perkuburannya sebagai simbol untuk membangkitkan semula PKM di Malaysia. Dengan Chin Peng sebagai simbol kebangkitan PKM, kemungkinan pergeseran hubungan kaum akan terus meledakkan keganasan.

(VIDEO) ABU MAYAT CHIN PENG – KDN KALAH DENGAN TUNTUTAN KOMUNIS

Membenarkan mayat Chin Peng kembali ke tanah air boleh membangkitkan kemarahan waris mangsa korban yang majoritinya Melayu, ATM serta PDRM, dan berpotensi membangkitkan pergolakan kaum, kerana sebagaimana yang dicatatkan oleh Nagata (1979:14) gerila komunis Malaya pada era itu dilabelkan sebagai Cina dan Cina dilabelkan komunis.

WordPress.com.

Atas ↑