RATUSAN JEMAAH HAJI TERKANDAS, DUTA KHAS KE TIMUR TENGAH MENGAPA DIAM SAHAJA?

Sepatutnya Hadi lebih proaktif dengan berjumpa dengan kumpulan berkenanan serta menggunakan hubungan di antara dua negara untuk cuba menyelesaikan masalah berkenaan. Lantas Hadi yang merupakan ahli parlimen bertaraf menteri yang diangkat sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah sejak era Muhyiddin Yassin perlulah bertindak selaras dengan jawatan yang dipertanggungjawabkan.

USAHA DALAMAN UNTUK KUBURKAN WARISAN NIK AZIZ DALAM PAS

PAS pula terkenal dengan parti yang kuat berdendam. Kini PAS mula menyisihkan Nik Abduh, yang merupakan ahli Parlimen Bachok, apabila anak kepada bekas mursyidul am, Almarhum Nik Aziz ini, dilihat begitu kuat menyokong kerjasama antara UMNO-PAS. Adakah Haji Hadi tidak mahu bersama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional kerana, idea kerjasama dengan UMNO ini adalah idea Nik Abduh? Walaupun Nik Abduh adalah pemimpin yang senior dalam parti PAS namun nama beliau tidak berada dalam senarai tokoh-tokoh Pas yang diangkat sebagai Jemaah Menteri mahupun Timbalan Menteri ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, dan sekali lagi tidak tersenarai sebagai pilihan dalam senarai Menteri Kabinet ketika Ismail Sabri menjadi PM.

WACANA 2: PAS MAHU WUJUDKAN GAGASAN PERPADUAN UMMAH UNTUK MENOLAK UMNO, TAPI REALITINYA MENJENGKELKAN

UMNO-BN adalah parti yang tekal atau konsisten, tidak seperti PAS yang sering berhijrah dari satu kelompok ke kelompok yang lain. Pada 1973 PAS pernah bersama UMNO, tapi pada 1990 PAS menentang UMNO untuk bersama Semangat 46, pada 1999 PAS bersama dengan PKR untuk mencanangkan Reformasi dan sekali gus bersama PKR untuk menyertai Pakatan Rakyat sehingga 2013. Kemudiannya pada 2019 untuk menentang ratifikasi ICERD PAS kembali bersama UMNO-BN dan kini bertenggek pula dengan Perikatan Nasional. Daripada pentas politik terkini, Mahathir dilihat sebagai musuh utama kaum Melayu, Hadi Awang pula sebagai penunggang agama, Muhyiddin adalah pengkhianat, Anwar sebagai pejuang LGBT dan Pluralisme agama, manakala Mat Sabu adalah penganut Syiah.

HADI AWANG DAN PEMIMPIN PAS SUDAH DIJANGKITI VIRUS HIPOKRASI

Kenyataan Presiden PAS itu berubah-ubah dan menjadi cemuhan orang ramai berikutan kenyataan terbaharunya bahawa 'Haram bekerjasama dengan musuh' setelah Muhyiddin mencari ruang kerjasama dengan PH. Anehnya sebelum ini Abdul Hadi pernah mengeluarkan ‘fatwa’ “Haram sokong UMNO, wajib sokong DAP sampai kiamat”. Tidakkah dunia belum lagi kiamat, lantas ‘umat Islam’ seharusnya terus wajib menyokong DAP yang merupakan komponen PH.

PERISYTIHARAN KHAIRUDDIN SEBAGAI AHLI PARLIMEN BEBAS ADALAH SATU TAMPARAN KEPADA PAS

Khairuddin adalah antara beberapa pemimpin PAS, selain Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang mempertahankan kerjasama PAS dalam Muafakat Nasional, meskipun Hadi Awang seperti cuba menamatkan kerjasama dengan UMNO. Perisytiharan Khairuddin sebagai Ahli Parlimen Bebas adalah satu tamparan libas kepada TS Hadi Awang yang telah kalah teruk di PRN Melaka dan terkini di PRN Johor setelah menang satu sahaja kerusi DUN daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: