Adakah Shafie bertindak atas sentimen dia berketurunan Sulu, sebagaimana didakwa bahawa datoknya adalah dari keturunan Sulu, Jolo Filipina? Justeru atas alasan yang sama, Shafie mahu terus laksanakan program PSS (Pas Sementara Sabah) untuk membuka ruang kepada orang Sulu Filipina berhijrah ke Sabah dan kemudiannya mewajarkan mereka menuntut kewarganegaraan Malaysia? Tidakkah serangan di Lahad Datu pada 2013 adalah tindakan kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu apabila 235 militan bersenjata mendarat di Kg Tandua?
RASUAH: GUAN ENG CUBA BUTAKAN RAKYAT DENGAN PROPAGANDA DAN PEMBOHONGAN
Sikap egosentriknya telah mendesak Guan Eng supaya membohongi rakyat dengan propaganda bahawa dia ‘teraniaya’, ‘kes terpilih’, dan ‘UMNO balas dendam’. Guan Eng pernah dipenjarakan kerana berbohong, lantas ‘escapism’ atau alasan dangkal yang digunakan hanya akan terpakai pada orang ramai yang buta dan kelabu mata.
BERSATU LENYAP PADA PRU15 – DR MASZLEE MALIK
UMNO sudah ada Muafakat Nasional yang disepakati dengan PAS, dan sudah pasti yang dominan adalah UMNO kerana jumlah Parlimennya yang membentuk majoriti, baik berbanding dengan PAS, apatah lagi Bersatu. Dengan itu juga UMNO atau BN tidak memerlukan Perikatan Nasional dan tidak menyokong pandaftaran Perikatan Nasional (PN). Wujudnya PN hanyalah sebagai satu ikatan adhoc demi menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan kakistokrasi PH (atau ada yang label gagalkrasi). Ia seakan-akan mengulangi senario Bersatu sebagai ‘parti melukut di tepi gantang’ ketika berada dalam PH, sehingga Tun Mahathir mengaku bahawa dia adalah ‘PM Boneka DAP’ (tapi Mahathir buat-buat lupa pula). Dengan rasional sedemikian, parti yang amat mendambakan Perikatan Nasional ialah Bersatu, demi survivalnya sendiri.
TS MUSA AMAN TIDAK BERTANDING KERANA KEUTUHAN PRINSIP MENOLAK PEMBUBARAN DUN SABAH
TS Musa Aman membantah pembubaran DUN Sabah, lantas mengapakah perlu beliau turut serta dalam PRN Sabah yang akan berlangsung pada 26 September ini? Lebih menghangatkan situasi apabila Mahkamah Persekutuan pada 7 September 2020, telah memutuskan bahawa TYT Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Hj Juhar Hj Mahiruddin telah membuat keputusan yang salah dan bertentangan dengan Perlembagaan apabila beliau memecat TS Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah dan selepas itu melantik Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu pada 12 Mei 2018.
BELUM KE GELANGGANG WARISAN-PKR SUDAH BERTELAGAH
Pemimpin PKR amat berharap untuk bertanding di 4 kawasan dalam senarai 13 kawasan DUN baharu di Sabah, tetapi semuanya telah dibolot oleh Warisan.. Jelas dilihat bahawa Shafie lebih yakin terhadap UPKO yang merupakan sekutu BN semasa PRU14, apabila memperuntukkan 12 DUN kepada parti yang seringkali berubah-ubah. Pemimpin PKR turut meluahkan kekecewaan mereka apabila rakan komponen daripada parti lain yang menyokong Warisan juga dilayan seperti kaldai apabila peruntukan DUN yang diberikan tidak setimpal dengan pengorbanan besar mereka.