BAIK Muhyiddin, Abdul Hadi Awang mahupun Hamzah Zainuddin, kini masing-masing sedang kepanasan, sehingga terpaksa menyusun strategi ‘menakut-nakutkan’ dan secara tidak langsung mengugut pihak lawan mereka. Setelah Muhyiddin terperangkap dengan kenyataan bahawa dia bukan suspek dalam kes rasuah Jana Wibawa, Hadi Awang pula terjebak dengan kes menyogok pengundi supaya bersumpah mengundi PAS di Marang dan kemudiannya Hamzah Zainuddin, yang dilihat sebagai ‘mastermind Bersatu’ juga dikaitkan dengan rasuah serta isu minyak masak yang disorok oleh anaknya.
MEREKA ANIAYA DS NAJIB DENGAN 17 TANDATANGAN PALSU
Apa lagi bukti yang pihak pendakwa mahu setelah, hakim Mahkamah Tinggi dengan cara tergesa-gesa dilantik untuk kes SRC yang menjadikan DS Najib sebagai mangsa tangan ghaib. Kemudian hakim yang sama didapati mempunyai ‘konflik kepentingan’ dalam penubuhan SRC dan hakim yang sama juga adalah Counsel Lawyer bagi MayBank.
VIDEO – PAS AKAN ANGKAT KAKI TINGGALKAN GABUNGAN APABILA SUDAH TERJERUT?
Adakah Hadi perlukan, bukan sahaja setakat bantuan dana daripada Mahathir, tetapi juga ‘bantuan tangan ghaib’ dalam kes rasuah pengundi di Marang yang tidak dapat dibantu oleh Muhyiddin? Adakah dahulu PAS bersedia bekerjasama dengan UMNO demi Perpaduan Ummah, tetapi apabila mendapati bahawa akaun UMNO sudah disekat oleh kerajaan pimpinan Mahathir dan kemudiannya Muhyiddin, PAS merasakan tidak relevan untuk bekerjasama dengan UMNO?
WAJAR SANGAT KLEPTOKRAT TUA DISIASAT ATAS KERUGIAN RM4.5 TRILION KETIKA DIA BERKUASA
Anwar Ibrahim mengarahkan beberapa agensi nasional untuk mencari pihak yang bertanggungjawab menyebabkan negara menanggung kerugian yang dianggarkan RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan. Jika ditelusuri, jumlah RM4.5 trilion bukan sesuatu yang sedikit bagi buat negara terutamanya ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu kini. Sekiranya dibahagikan mengikut 26 tahun ketirisan berkenaan, setiap tahun negara kehilangan sekitar RM173.08 bilion.
BEKAS MENTERI DALAM NEGERI GELABAH DENGAN SIASATAN SPRM, TAPI DIA LUPA MAJLIS DIA BERSAMA MAFIA MACAU
Sebagaimana blog ‘Anotherbrickinwall’ dedahkan, majlis makan malam dengan objektif mengumpul dana PN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin, Johor Baru, pada malam 4 Mac, telah membangkitkan isu hubungan bekas Menteri KDN Hamzah Zainuddin dengan tokoh Mafia Macau. Ucapan Muhyiddin yang mendesak agar taiko-taiko yang hadir membantu PN, “Lu sokong gua, gua sokong lu lo”, manakala Hamzah Zainuddin pula seakan-akan mengugut secara halus agar mereka membantu PN sekiranya mereka mahu selamat daripada siasatan pihak berkuasa. Adakah Hamzah mempunyai hubungan dengan watak-watak ternama kongsi gelap dan mafia sepanjang tempoh dia di KDN?