‘MAHAZALIM RETURN’ DEDAHKAN MAKLUMAT SIASATAN SPRM KE ATAS MOHD NAZLAN

Ketua Hakim Negara, SPRM dan Menteri Undang-Undang juga patut sahkan atau nafikan pendedahan Twitter 'Mahazalim Return' itu kepada masyarakat awam bagi memelihara integriti mahkamah sebagai pentas keadilan rakyat dan bukan menjadi alat kuasa politik yang zalim.

VIDEO DAN DOKUMEN DERMA DARI ARAB SAUDI, BUKTIKAN NAJIB TIDAK BERSALAH

Derma Arab Saudi tersebut diberikan untuk membantu Malaysia mengatasi masalah politik sebagaimana berlakunya Arab Spring yang telah merosakkan beberapa negara di Timur Tengah akibat daripada dakyah jahat pihak Yahudi. Dokumen derma Arab Saudi itu yang cuba disembunyikan oleh pihak pendakwa telah membuktikan bahawa derma berkenaan adalah tulen. Lantas, adakah pemenjaraan DS Najib suatu keluhuran undang-undang atau suatu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politik beliau kerana keserakahan nafsu musuhnya?

SOALAN KEPADA TENGKU MAIMUN TUAN MAT YANG MEMBONGKAR INTEGRITI KEHAKIMAN NEGARA

Tidakkah Maimun berasa pelik bahawa Peguam Negara AGC dan Ketua SPRM hanya berdiam diri apabila kertas siasatan tular mengenai Hakim Nazlan yang mendedahkan beliau telah melakukan salah laku, tanpa memberi jawapan sama ada ia sah atau tidak? Bagaimana mungkin 5 hakim lain telah menarik diri mereka (dan seorang lagi dipindahkan) kerana dakwaan yang lebih kecil mengenai konflik kepentingan dan kemungkinan berat sebelah tetapi Hakim Nazlan tidak perlu menarik diri walaupun pada hakikatnya dia mempunyai banyak urusan dengan 1MDB apabila dia adalah Counsel Lawyer dan Penasihat Maybank? Seperti ada komplot konspirasi, Hakim Nazlan tiba-tiba dipindahkan dari mahkamah komersial untuk menggantikan Hakim Sofian sebagai hakim bagi kes jenayah berprofil tertinggi di Malaysia walaupun perbicaraan telah pun bermula dan walaupun Nazlan tidak mempunyai pengalaman kes jenayah ketika itu.

TOMMY THOMAS DEDAH MAHATHIR MEMPERKUDAKAN MAHKAMAH UNTUK ‘BUNUH’ KERJAYA MUSUH POLITIKNYA

Dengan pendedahan itu, DS Najib Razak mendesak agar Tommy menjelaskan pendedahannya itu kerana ia dikaitkan dengan pencabulan doktrin pengasingan kuasa demokrasi, apabila kuasa eksekutif mempergunakan bidang kuasa yang dia ada untuk menggunakan badan perundangan dan kehakiman negara. Pencabulan ini serius kerana dengan kuasanya, Mahathir telah berjaya menyumbat Anwar ke penjara dan ia juga boleh diterjemahkan sebagai suatu ‘penganiayaan’ terhadap musuh politiknya dengan kuasa eksekutif yang ada padanya ketika itu.

DS NAJIB SEWAJARNYA DIBEBASKAN DAN KES DIBATALKAN

Maka, janganlah terkejut jika kes DSNR ini diumumkan batal atau digugurkan atau mungkin dibicara semula secara adil dengan semua bukti baru diizinkan dan dikemukakan kepada khalayak. Sebagai kesan kolateral, jangan terkejut juga jika hakim Nazlan sendiri akan dibicarakan, kerana kertas siasatan SPRM dan Polis telah lama lengkap dan terperuk dimeja Peguam Negara tanpa apa-apa tindakan sehingga kini. Inilah fakta ‘national embarassment’ yang sepatutnya menjadi manipulasi pihak konspirator yang mahu menjatuhkan DS Najib, dan bukannya klise ‘perompak Bugis’, ‘kluster mahkamah’ dan ‘kleptokrat’ sebagaimana selalu mereka jaja terutamanya Muhyiddin, Mahathir, pemimpin PAS, DAP dan blok pembangkang yang lain.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: