SIDANG 220 AHLI PARLIMEN DITANGGUHKAN KERANA COVID19, MENGAPA PULA ROS DESAK PERHIMPUNAN 3.2 JUTA AHLI UMNO?

Adakah logik dan waras sekiranya sidang 220 ahli parlimen ditangguhkan kerana Covid19, sebaliknya perhimpunan 3.2 juta ahli UMNO didesak supaya diadakan segera? Tidakkah RoS peka dengan risiko nyawa rakyat, apabila Malaysia dikategorikan sebagai negara jangkitan Covid19 tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk? Lantas timbul persoalan adakah amaran yang diterima oleh UMNO merupakan kerja orang-orang yang berkuasa dalam PPBM, sebagaimana didedahkan oleh MP Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila pendaftaran parti Muda diterjemahkan sebagai disekat dengan bersyarat.

PUAD ITU BATU API ATAU CAHAYA YANG TERANGKAN JALAN? – SOALAN KEPADA KETUA UMNO KUALA KRAI

Adakah Zulkepli sudah termakan dengan pendekatan ketaksuban sebagaimana ramai rakyat di Kelantan diperbodohkan untuk melihat pemimpin sebagai ‘maksum’ tanpa boleh ditegur sedikit pun? Lantas apa yang didedahkan oleh Puad bukanlah untuk bertindak sebagai ‘batu api’ tetapi ialah adalah cahaya yang membuka jalan kepada rakyat supaya tidak jatuh ke juram yang dalam. Ingatlah Zulkepli, bukan semua rakyat boleh diperbodohkan, rakyat semua dianugerahkan Allah dengan akal dan hati budi.

ADA KEBAIKAN APABILA AHLI MKT UMNO DILANTIK SEBAGAI TPM

Tolaklah ke tepi dahulu soal kelemahan PN yang diletakkan pada bahu Muhyiddin, kerana dengan jawatan TPM yang diberikan kepada DS Ismail Sabri, suara UMNO menjadi lebih kuat dalam konteks membawa prinsip perjuangan UMNO terutamanya ‘Rakyat didahulukan, kebajikan diutamakan’ di tengah-tengah serangan Covid19. Lagipun UMNO telah sebulat suara bersetuju bahawa UMNO akan meninggalkan PN semasa PRU15, dan bukannya pada waktu genting ketika rakyat amat memerlukan pembelaan daripada pucuk pimpinan kerajaan. Keperluan ahli MKT UMNO berada dalam kabinet Muhyiddin juga amatlah signifikan, untuk menghalang DAP yang didakwa oleh Datok Dr Mohd Puad Zakarshi, sedang mengatur strategi untuk turut mendampingi TS Muhyiddin.

PRESIDEN DIASAK SEBAGAI PEMBELOT PADA PRINSIP PERJUANGAN UMNO

Dengan itu sekiranya ada suara-suara sumbang, atau bisikan dalam selimut, maka semua itu adalah fitnah puak yang mahu UMNO musnah dan berkubur. Zahid mahu berjuang bersendirian. Namun dengan asakan daripada tuduhan-tuduhan terancang dengan lebih 30 kes yang tidak pernah berlaku di mana-mana di dunia ini, adakah Zahid boleh meneruskan survival politiknya bersendirian? Adakah dengan itu telah membuat pemimpin UMNO percaya bahawa fitnah kerjasama Zahid-Anwar adalah benar demi survival Zahid?

AKAR UMBI TIDAK SANGGUP MELIHAT PERPECAHAN DAN PERBALAHAN SESAMA PEMIMPIN UMNO

Hari ini rakyat seperti merindui keharmonian sebelum PRU14 ketika UMNO-BN berkuasa, tapi sayangnya ia hanyalah memori silam yang realitinya kini, saban hari akar umbi didedahkan dengan pelbagai naratif yang diterjemahkan sebagai perpecahan pemimpin tertinggi UMNO.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: