PH SUDAH BERKUBUR BUAT SELAMANYA- BEKAS SETPOL MAHATHIR

Perkara yang menarik ialah, dengan sikap pendengki dan pendendam Mahathir, adakah DS Anwar pula yang akan menjadi sasaran serangannya selepas ini, setelah dia menyerang DS Najib, dan TS Muhyiddin Yassin? Apa yang rakyat lihat, semua serangan Mahathir adalah sia-sia, sebagaimana kata pemimpin DAP suatu ketika dahulu, “dia hanyalah harimau kertas” dan bagi kami “harimau kertas yang reput.”

(Video) MUJAHID AKAN KALAH TERUK PADA PRU15

Oleh itu, sekiranya parlimen dibubarkan, dan PRU15 diadakan maka Mujahid akan mengalami kekalahan teruk, malahan dengan kesedaran pengundi terhadap penipuan, pembohongan, janji palsu manifesto, dan fitnah PH, pastinya Mujahid akan memperoleh undi jauh lebih rendah daripada 16,753.

(Video) LIM GUAN ENG PENINDAS RAKYAT

Bukan itu sahaja Guan Eng juga telah menjaja ke sana-sini bahawa negara akan bankrap dan dengan itu ia mewajarkan Kementerian Kewangan meringankan beban belanjawan dengan membuang sebilangan penjawat awam yang ditanggapi sebagai antara penyebab belanjawan yang tinggi untuk dibayar gaji.

TOLONG JANGAN BAWA VIRUS COROMADEY94 KE DALAM PN

Namun rakyat dan penyokong serta ahli-ahli PKR amat sedih melihat Mahathir telah menularkan virus perosak Coromadey94 sehingga PKR terpecah kepada kem DS Azmin Ali dan kem DS Anwar Ibrahim. Sebelum itu dia juga telah menularkan virus yang hampir sama terhadap UMNO dan penyatuan kaum Melayu-Islam tetapi telah berjaya dinyahkan sehingga dia menubuhkan parti PPBM yang juga mula terjangkit dengan virus baharu Coromadey94 ciptaan DAP.

WordPress.com.

Atas ↑