BN MENANG MAJORITI 2/3 PRN MELAKA DAN NAFIKAN TILIKAN SONGSANG MUSUH

Penyelidikan yang mengatakan PN akan menang, Idris Haron akan menang, Mas Ermieyati akan menang, yang dijalankan oleh penganalisis longkang termasuk penganalisis daripada universiti tempatan adalah sesuatu yang amat memalukan. Mereka ini penyelidik atau tukang tilik? Apakah jenis penyelidikan yang telah mereka jalankan, adakah berbentuk kuantitatif atau semata-mata kualitatif yang rendah reliabiliti dan validiti. Nampak sangat golongan sedemikian hanyalah mahu menyedapkan hati pihak parti yang telah membayar mereka ratusan ribu ringgit untuk menentukan kemenangan calon mereka.

DAP JANGAN HIPOKRIT, KAUM MELAYU MEMANG SUDAH TAHU SIAPA KAMU

Chong, dalam catatan Facebook berasingan, menuduh DAP sebagai "eunuchs" iaitu sida China yang telah dikebirikan (dibuang kemaluan lelakinya). Menurut Chong, tindakan memadamkan simbol salib tersebut mencerminkan mentaliti DAP yang tidak ada keyakinan diri dan mereka berrtindak seperti eunuch. Meskipun pelbagai perdebatan telah terbangkit, tetapi DAP tetap dilihat sebagai ‘kafir harbi’ yang harus ditentang oleh umat Islam, walaupun bukan melalui peperangan konvensional, tetapi serangan dan pertahanan melalui media, propaganda dan indoktrinasi mental.

PN MAHU KETUA MENTERI WANITA- ITULAH PENANDA KEKALAHAN PN

Kedudukan Mas Ermieyati sendiri dalam kabinet PM DS Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak relevan, bagaimanakah dia sebagai Timbalan Menteri Undang-Undang, mahu pula diangkat sebagai Ketua Menteri? Tidakkah ia mencabuli norma yang ada dalam pelantikan kabinet. Tiada perkataan lain yang boleh diberikan kecuali ‘tamak haloba’ sekiranya Mas Ermieyati sendiri tidak menolak pencalonannya. Dia adalah ahli parlimen, sekarang mahu jadi ADUN pula, dia juga adalah Timbalan Menteri dan sekarang menonong menonjol-nonjolkan diri untuk dilantik sebagai Ketua Menteri pula.

DS NAJIB JAWAB FITNAH TENTANG TAWARAN KERAJAAN BERIKAN ANUGERAH UNTUK BEKAS PM

Cerita permohonan saya untuk diberi kediaman di bawah akta kerajaan yang saya buat pada tahun 2018 selepas PRU14 tiba-tiba dikeluarkan menjelang hari mengundi PRN Melaka. Tiba-tiba diberi nilai RM100 juta. Sedangkan ianya tanah kerajaan sedia ada yang diberi kepada saya untuk saya pilih di bawah akta kerajaan. Bukan suruh kerajaan belanja untuk beli bagi saya. Apa yang Rakyat Malaysia telah dapat dengan membenci saya selepas PRU14? Ekonomi lebih bagus? Aset-aset negara bertambah? Dividen tabung-tabung simpanan menaik? Kesejahteraan hidup Rakyat bertambah baik? Negara lebih stabil dan terancang? Pasaran saham lebih baik? Pelaburan asing menaik? Janji-janji manifesto ditepati?

MUHYIDDIN BERTANDING DI DUN MANA DI MELAKA?

Di merata-rata kawasan kerusi DUN, PN seakan-akan menjual muka Muhyiddin, bagaikan dia sahaja yang layak menarik perhatian pengundi atau calon-calon PN sebenarnya tidak berwibawa dan tidak diyakini oleh PN. Walau apapun, kini pengundi seakan-akan tertipu dengan calon PN di semua DUN Melaka. Mereka mungkin sangkakan Muhyiddin yang akan bertanding. Bagi peminat Muhyiddin pula mereka bertanya, Muhyiddin bertanding di DUN mana?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: