Dr Mahathir dalam kempennya untuk calon PPBM di PRK Semenyih pada Feb 2019, semasa dia masih berkuasa, telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘BN sudah tiada’ dengan tanggapan bahawa BN sudah mati dan UMNO juga sedang nazak. Katanya, “Sia-sia sahaja kita memilih calon BN. BN sudah tiada. Sudah ‘Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun’. Ratib Mahathir itu terpantul kepada Bersatu dan Pejuang, serta dirinya sendiri.
PARTI ‘MUDA’ ADALAH BALACI DAP, BUKAN UNTUK GENERASI MUDA
Patutlah pada hari penamaan calon Syed Saddiq dengan bersemangat menjadi pencadang kepada Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor. Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng memberi rangsangan kepada Syed Saddiq supaya menjadi peneraju di PRN Johor, sedangkan MUDA tiada jentera, tiada modal dan tiada akar umbi. Lihatlah pula bagaimana dia cuba menentang PKR di DUN Larkin sebagai tanda dia adalah proksi DAP yang kini tidak lagi sehaluan dengan PKR. Lihatlah pula calon MUDA di DUN Tenang, Lim Wei Jiet yang terang-terangnya merupakan pejuang anti-sistem Raja Berpelembagaan, pembela PGBT dan Etheis.
APA MUSLIHAT MUHYIDDIN TIADA CALON MB TAPI MAHU MENJADI PENASIHAT EKONOMI?
Muhyiddin tidak dapat hendak menamakan MB Johor daripada PN kerana dia tidak yakin mana-mana yang akan dipilihnya akan memenangi DUN yang dipertandingkan, apatah lagi dia telah merancang calon MB hendaklah dipilih daripada calon PPBM (Bersatu). Sebaliknya Muhyiddin beriya-riya mahu dirinya dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Johor, yang menambahkan lagi kecurigaan rakyat Johor terhadap muslihatnya.
VIDEO: MUHYIDDIN DAN HAMZAH BERSEKONGKOL DENGAN MAFIA MACAU?
Namun isu tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila blog ‘Anotherbrickinthewall’ mempersoalkan ‘Adakah ‘kongsi gelab atau Mafia Macau mempunyai hubungan dengan majlis kutipan dana PN untuk PRN Johor?’ (Is Macau triad linked to PN's fund raising dinner for Johor state election?) Kini sebagaimana blog ‘Anotherbrickinwall’ dedahkan, majlis makan malam dengan objektif mengumpul dana PN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin, Johor Baru, pada malam 4 Mac, telah membangkitkan isu hubungan Muhyiddin dan Menteri KDN Hamzah Zainuddin dengan tokoh Mafia Macau.
PEJUANG MENGAKU LEMAH, AKAN MEMBENTUK BLOK PAKATAN DENGAN PKR
Mukhriz mengakui dalam membentuk kerajaan di Malaysia, langkah itu perlu demi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama serta budaya, sedangkan Pejuang hanya menjurus kepada kaum Melayu-Bumiputera sahaja. Jelas Mukhriz, Pejuang hanya bertanding di 42 kerusi kawasan majoriti Melayu, sedangkan sesebuah kerajaan yang ditubuh mestilah ada campuran wakil semua kaum dan itu tak datang daripada Pejuang.