PRN SABAH: RAMALAN MELESET TENTANG KEMENANGAN WARISAN

Isu ‘Malaya jangan campur tangan di Sabah’ juga satu isu yang tidak masuk akal. Pihak manakah yang membantu Sabah daripada serangan militan Sulu, jika bukan tentera bersekutu dari Semenanjung? Lebih aneh lagi, tidakkah DAP yang telah memenangi 6 kerusi DUN adalah parti bangsa Cina yang berasal daripada ‘Malaya’? Begitulah juga dengan PKR. Paling hipokrit, apabila Shafie menelefon Tun Mahathir tentang kehadiran DS Najib Razak di Sabah untuk berkempen bagi pihak UMNO. Mengapa Shafie harus mengadu kepada pemimpin ‘Malaya’ jika tidak mahu orang Malaya campur tangan hal politik Sabah? Keegoan Warisan nampaknya seperti cuba menolak gabungan dalam Persekutuan Malaysia. Adakah itu sentimen majoriti rakyat Sabah?

BELUM KE GELANGGANG WARISAN-PKR SUDAH BERTELAGAH

Pemimpin PKR amat berharap untuk bertanding di 4 kawasan dalam senarai 13 kawasan DUN baharu di Sabah, tetapi semuanya telah dibolot oleh Warisan.. Jelas dilihat bahawa Shafie lebih yakin terhadap UPKO yang merupakan sekutu BN semasa PRU14, apabila memperuntukkan 12 DUN kepada parti yang seringkali berubah-ubah. Pemimpin PKR turut meluahkan kekecewaan mereka apabila rakan komponen daripada parti lain yang menyokong Warisan juga dilayan seperti kaldai apabila peruntukan DUN yang diberikan tidak setimpal dengan pengorbanan besar mereka.

WordPress.com.

Atas ↑