VIDEO BERHATI-HATILAH PARA PENGUNDI, KABINET PH-PN 22 BULAN DICALONKAN SEMULA, JIKA TIDAK MAHU DIKENCINGKAN SEKALI LAGI

Jika pengundi leka, lalai dan lupa, pastinya segala malapetaka sebagaimana negara didakwa bankrap, lebih 1000 rakyat bunuh diri, rakyat terpaksa ikat perut, kerajaan tak ada duit, sogokan RM30, penjualan aset Tabung Haji, sekat peruntukan TERAJU, sekat peruntukan Ekuinas, beratus juta ringgit untuk bantuan sekolah Cina yang tiada dalam Perlembagaan, bunuh anggota Bomba di kuil Seafield, aktiviti pengganas LTTE, ratifikasi ICERD, serap ideologi komunisme di sekolah-sekolah, perhimpunan bekas pengganas komunis, geran tanah 999 tahun untuk perkampungan bekas pengganas komunis, bahasa Cina diangkat sebagai bahasa rasmi kementerian, jadikan negara ini republik, hapuskan sistem Raja Beperlembagaan, gugurkan kes-kes konco PH, lantikan politik dalam PDRM-SPRM-Peguam Negara dan Hakim Negara, dakwaan terpilih, jadikan agama Kristian agama rasmi negara, hapuskan hak dan kedudukan Melayu-Bumiputera, kedudukan Raja-Raja Melayu, serta kedudukan agama Islam, dan lain-lain lagi agenda rakus PH akan berulang kembali.

PH TUDUH UMNO, SEDANGKAN PH TELAH PUN TERBUKTI CABULI URUSAN PERUNDANGAN KETIKA BERKUASA

Lantas tidaklah hairan nanti sekiranya PH menang dan berkuasa sebagai kerajaan semula, maka mereka akan mengambil langkah yang sama, iaitu melantik Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Hakim Negara untuk membebaskan penjenayah daripada konco-konco mereka.

ANWAR DAN DAP BERPISAH TIADA

Adakah kerana DAP ditaja oleh kumpulan Yahudi sebagaimana didedahkan oleh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman? Manakala PKR juga dikaitkan dengan pertubuhan Yahudi apabila simbol partinya adalah selari dengan simbol ‘mata dajal’ dan ‘aluminati’ yang juga dikaitkan dengan pertubuhan Freemason Yahudi?

PENDEDAHAN EKSKLUSIF STRATEGI MAHATHIR DAN KONCO-KONCONYA MENGATUR SUPAYA NAZLAN HAKIMI KES SRC

Kebiasaannya apabila kes sudah sampai di peringkat Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan, kita sudah merasa yakin untuk menentukan pihak mana yang bersalah. Tetapi ironinya dalam kes SRC, walau pun kini berada di peringkat akhir pengurusan kes, semakin banyak keraguan yang timbul di fikiran masyarakat. Bukan sahaja masyarakat tidak nampak keadilan telah ditegakkan, malah masyarakat melihat terlalu banyak kepincangan yang meragukan sepanjan perbicaraan kes berjalan.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: