VIDEO – LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM NEGARA TANDA AWAL KESABARAN RAKYAT TIDAK TERBENDUNG LAGI

Sekiranya kemelut badan kehakiman ini berterusan nescaya rakyat akan bangkit menentangnya demi keluhuran dan kedaulatan undang-undang sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Mungkin PRU15 ini merupakan permulaan kepada luahan rasa kesabaran rakyat yang tidak boleh dibendungkan lagi.

BANYAK SOALAN TERBANGKIT BILA PM DEDAH DESAKAN CAMPURI URUSAN MAHKAMAH

Adakah golongan UMNO yang tidak mahu meninggalkan PN pada hakikatnya cuba berlindung di bawah kuasa eksekutif PM? Dengan alasan yang sama juga adakah golongan yang melompat parti untuk bersama dengan Bersatu ketika Mahathir berkuasa adalah kerana mereka mahu Mahathir masuk campur urusan Mahkamah? Kini setelah Mahathir jatuh, mereka membuntuti Muhyiddin pula kerana Muhyiddin lebih berkuasa sebagai PM berbanding Mahathir? Bagaimana pula dengan dakwaan DS Anwar Ibrahim bahawa ada pemimpin UMNO yang tidak didakwa kerana rasuah setelah menyertai Bersatu semasa pentadbiran PH? Anwar juga mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah adalah mangsa kepada pendakwaan terpilih pentadbiran 22 bulan Tun Mahathir. Bagaimana pula dengan pendedahan MP Muar YB Syed Saddiq yang mendakwa orang kuat PM Muhyiddin mengugut beliau supaya parti MUDA menyokong PN jika mahu parti itu diluluskan pendaftarannya? Adakah dia juga mendesak PM supaya mencampuri urusan mahkamah?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: