ISU BATAL OD DIBAWA KE PARLIMEN HARI INI, TAPI JALAN MASUK PARLIMEN DISEKAT

Pengumuman pembatalan OD serta tarikh kuatkuasa pembatalan yang diketerbelakangkan (backdated) telah mengundang kekecohan dan hujahan panas antara MP pembangkang dan kerajaan. Perkara aneh yang terbangkit ialah MP kerajaan sendiri tidak tahu-menahu tentang pembatalan tersebut, termasuk Timbalan Speaker DS Azalina Othman Said, sedangkan Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan duka cita DYMM Agong terhadap pembatalan OD yang tidak dibincangkan dalam parlimen. Keadaan menjadi bertambah kusut apabila pada hari ketiga Sidang Khas Parlimen Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan semua sesi mesyuarat di Parlimen, ditangguhkan selama dua minggu bermula 29 Julai lalu bagi mencegah perebakan jangkitan COVID-19. Secara kasar, nampaklah sangat TS Muhyiddin Yassin cuba lari daripada berdepan dengan pelbagai persoalan dan perdebatan daripada pihak pembangkang dalam Sidang Khas Parlimen itu dengan menggunakan Covid19 sebagai senjata.

PM BELA TINDAKAN BATAL OD TAPI PEGUAM, AHLI AKADEMIK KUTUK TINDAKAN, MANAKALA DYMM AGONG AMAT DUKA CITA

JIka Pejabat PM dan Muhyiddin mendakwa mereka benar, bagaimanakah pula dengan watikah daripada Istana Negara yang menzahirkan rasa amat duka cita DYMM Agong terhadap kenyataan DS Takiyuddin Hassan pada hari pertama Sidang Khas Parlimen itu? Mungkin rakyat tidak tahu konsep dan prosedur undang-undang, namun apabila peguam, ahli politik yang terdiri daripada pakar undang-undang, tokoh akademik dan penganalisis politik dengan terbuka mengkritik Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang bahawa tatacara pemakluman pembatalan OD adalah salah dan diterjemahkan sebagai biadab terhadap DYMM Agong, adakah rakyat masih mahu membela Muhyidin dan konco-konco dalam kabinet? Tetapi yang jelasnya Takiyuddin sememangnya bermulut biadap dan memalukan PAS sebagai parti yang mendukung prinsip agama suci Islam.

VIDEO – ISTANA NEGARA BUKTIKAN TAKIYUDDIN BIADAB PERDAYA RAKYAT

Pertamanya Kerajaan Persekutuan telah membatalkan Ordinan Darurat 2021 sedia ada berkuatkuasa pada 21 Julai 2021 dengan mendakwa mendapat perkenan DYMM Agong. Keduanya, Kerajaan Persekutuan tidak akan mendapatkan perkenan DYMM untuk memproklamasikan Ordinan Darurat baharu pada 2 Ogos setelah ia tamat pada 1 Ogos 2021 ini. Kontradiknya pagi ini 29 Julai 2021, Istana Negara telah mengeluarkan satu Kenyataan Media bahawasanya DYMM Agong menzahirkan rasa amat duka cita dengan kenyataan Takiyuddin di parlimen pada 26 Julai 2021 bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat, walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

VIDEO – KERAJAAN HILANG KUASA EKSEKUTIF SETELAH OD DIBATALKAN

Dalam keadaan darurat, Yang di-Pertuan Agong telah memberikan kuasa pentadbiran yang ada pada Seri Paduka Baginda kepada kerajaan melalui Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021. Kuasa untuk urus tadbir negara semasa darurat diberikan oleh DYMM Agong kepada kerajaan bawah Muhyiddin Yassin menurut Seksyen 11. Apabila mereka mengatakan bahawa mereka telah membatalkan atau memansuhkan (semua ordinan darurat) mulai 21 Julai, ini bermakna Seksyen 11 sudah tidak lagi terpakai.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: