VIDEO – KLUSTER MAHKAMAH MENGALU-ALUKAN KEAHLIAN SYED SADDIQ

Kini, dalam usia semuda 29 tahun Saddiq sudah digelar kluster mahkamah dan pastinya keahlian Saddiq sebagai ahli kluster mahkamah dialu-alukan. Setelah tamat perbicaraan nanti, di manakah kedudukan Saddiq sebagai ahli politik? Adakah Saddiq akan menjadi ‘banduan’ sebagaimana label yang sering dijaja oleh Mahathir terhadap DS Najib?

SYED SADDIQ BERHADAPAN PENJARA 30 TAHUN

Sebagaimana yang telah berlaku pada era pemerintahan PH, Saddiq mungkin terselamat, apabila konco-konco PH diselamatkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas dengan menggunakan kuasa prerogatif, yang diterjemahkan sebagai ‘undang-undang rimba’ oleh ramai penganalisis. Tapi malangnya bagi Saddiq, era ‘undang-undang rimba’ PH sudah berlalu, dan rakyat sedang berjuang agar ia tidak wujud kembali, setelah PH kalah teruk di PRN Melaka, PRN Sarawak dan PRN Johor

VIDEO – ADUN MUDA TAJAAN DAP DIKRITIK BERLAKON SEPERTI WARTAWAN DI LOKASI BENCANA KEBAKARAN

Pihak ADUN memberikan alasan bahawa Amira Aisya berada di luar kawasan dan belum angkat sumpah dan dengan itu ADUN tidak boleh membantu mangsa kebakaran sebagaimana yang dilaporkan oleh EdisiSiasat. Apa yang berlaku, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tiba terlebih dahulu daripada ADUN. Setelah baginda berada di lokasi kejadian baharulah ADUN Amira Aisya kelam kabut datang dengan lakonan ala wartawan penyiaran di hadapan kamera menjadi ‘stand upper’.

DAP DAN PKR BERBALAH KERANA PARTI UNITED DEMOCRATIC ALLIANCE@MUDA

Klise bahawa parti ‘United Democratic Alliance’ (UDA) sebagai parti untuk anak muda hanyalah satu retorik dangkal dan pembohongan belaka kerana daripada nama parti, rakyat boleh tahu ia bukanlah bermatlamatkan ideologi atau falsafah yang mengangkat golongan muda, sebalik adalah parti yang condong kepada ideologi yang didukung oleh DAP atau ‘Democratic Action Party’. Jika dia adalah parti 'United Democratic Alliance', maka siapakah yang menjadi entiti 'alliance'nya itu selain daripada Democratic Action Party@DAP?

PARTI ‘MUDA’ ADALAH BALACI DAP, BUKAN UNTUK GENERASI MUDA

Patutlah pada hari penamaan calon Syed Saddiq dengan bersemangat menjadi pencadang kepada Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor. Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng memberi rangsangan kepada Syed Saddiq supaya menjadi peneraju di PRN Johor, sedangkan MUDA tiada jentera, tiada modal dan tiada akar umbi. Lihatlah pula bagaimana dia cuba menentang PKR di DUN Larkin sebagai tanda dia adalah proksi DAP yang kini tidak lagi sehaluan dengan PKR. Lihatlah pula calon MUDA di DUN Tenang, Lim Wei Jiet yang terang-terangnya merupakan pejuang anti-sistem Raja Berpelembagaan, pembela PGBT dan Etheis.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: