MENTERI PEMBELA RAKYAT ATAU PEMBELA KAPITALIS BANK?

Rakyat bukan minta ‘wang percuma’ pada situasi kemelut menentang pandemik Covid19 ini. Rakyat hanya minta pihak bank membenarkan penangguhan bayaran hutang atau moratorium bank. Kuasa membenarkan penangguhan hutang itu ada di tangan tuan. Jangan zalimi rakyat. Tidakkah dalam peruntukan undang-undang kerajaan boleh gunakan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 Seksyen 10 dan 11, sekiranya kerajaan gagal menggunakan budi bicara untuk pihak bank melaksanakan moratorium?

ISU MORATORIUM- ZAFRUL JANGAN JADI BACUL TERHADAP KAPITALIS PERBANKAN

Aneh dan amat mengecewakan apabila pada 1 Jun berkontradik dengan kenyataan akhbar sebelumnya, Zafrul mengeluarkan pula kenyataan yang agak bercanggah apabila dia berkata bahawa kerajaan tidak dapat mengawal pihak bank bagi menentukan bentuk bantuan kepada peminjam atau moratorium. Kenyataan yang rakyat lihat sebagai berbelit-belit daripada PM yang tidak selari dengan kenyataan Menteri Kewangan amat jelas menunjukkan bahawa kuasa unilateral kerajaan PN, tanpa sidang parlimen amatlah mengecewakan rakyat.

WordPress.com.

Atas ↑