VIDEO – FELDA PUN MAHATHIR HENDAK SWASTAKAN, UNTUK KAYAKAN KRONI-KRONI DIA

Hakikatnya pengundi dan peneroka FELDA amat kenal siapa PETAI@Pejuang dan siapakah pemimpin diktatornya yang sombong dan amat bijak memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu, mengutuk DS Najib Tun Abdul Razak dengan tuduhan keturunan ‘Lanun Bugis’ sedangkan Tun Abdul Razaklah yang merupakan pengasas FELDA untuk menghapuskan kemiskinan kaum Melayu, dan memperbaiki taraf hidup mereka.

SEJARAH TELAH BUKTIKAN MAHATHIRLAH BAPA ‘BAILOUT’ YANG MENCEKIK LEHER RAKYAT

Mahathir lupa bahawa semasa dia menjadi Perdana Menteri, dialah yang menjadi bapa bailout termasuk syarikat perkapalan ‘Konsortium Perkapalan Berhad’ milik anaknya Mirzan Mahathir yang juga pemilik Petron Malaysia dan Petron Corporation. Keadaan menjadi lebih lucu apabila anaknya Mukhriz Mahathir yang dilabelkan sebagai bekas MB Kedah yang gagal, juga cuba menyalahkan DS Najib sebagai pemimpin yang mahu menyalahgunakan rizab negara untuk menyelamatkan Sapura yang hakikatnya adalah GLC kerajaan. Rakyat masih ingat apabila pada tahun-tahun 1980-an setelah dia diangkat menjadi PM, Mahathir telah menswastakan hampir semua jabatan kerajaan seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekomunikasi Malaysia, Jabatan Perkhimatan Pos, Jabatan Air dan dengan dasar penswastaan wujudlah TV3, Universiti dan Kolej Swasta, hopital swasta yang mencekik darah, lebuh raya swasta dan macam-macam lagi.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: