SIAPA EXCO ARMADA YANG MAHU RAKYAT JADI LEMBU DICUCUK HIDUNG?

Saiful tidak menunjukkan sifat dinamik seorang pemimpin yang berdiri atas paksi demokrasi, sebaliknya dia lebih suka rakyat berdiam diri seperti ‘lembu dicucuk’ hidung, tanpa perlu meninjau dan prihatin terhadap apa yang sedang berlaku. Asyraf atau sesiapa juga seharusnya diberikan platform untuk mengetahui mengapakah kerajaan PN terutamanya Menteri Kanan Ekonomi masih memberi ruang dan membuka pintu kepada sektor perkilangan sedangkan apa yang sedang digerakkan adalah ‘total lockdown’ atau ‘Perintah Kawalan Pergerakan Penuh’ di tengah-tengah pelaksanaan Proklamasi Darurat.

ISU MORATORIUM- ZAFRUL JANGAN JADI BACUL TERHADAP KAPITALIS PERBANKAN

Aneh dan amat mengecewakan apabila pada 1 Jun berkontradik dengan kenyataan akhbar sebelumnya, Zafrul mengeluarkan pula kenyataan yang agak bercanggah apabila dia berkata bahawa kerajaan tidak dapat mengawal pihak bank bagi menentukan bentuk bantuan kepada peminjam atau moratorium. Kenyataan yang rakyat lihat sebagai berbelit-belit daripada PM yang tidak selari dengan kenyataan Menteri Kewangan amat jelas menunjukkan bahawa kuasa unilateral kerajaan PN, tanpa sidang parlimen amatlah mengecewakan rakyat.

AKHIRNYA MUHYIDDIN LULUSKAN MORATORIUM

Walaupun soal moratorium bagi peminjam bank yang berjumlah 5 juta, tidak disebut sebagaimana liputan dan berita yang disiarkan oleh Astro Awani dalam perutusan khas Pemerkasa PLUS PM, TS Muhyiddin Yassin, bagi membantu rakyat menghadapi PKP Penuh 3.0, namun Malay Mail online telah melaporkan dengan jelasnya bahawa dengan persetujuan Bank Negara, moratorium akan tetap dilaksanakan.

(Video) HIPOKRASI LKS, TIADA PUN USUL DAP MEMBELA RAKYAT DI PARLIMEN

Sebelum ini saban hari Lim Kit Siang menjaja supaya sidang parlimen diadakan segera untuk membincangkan masalah rakyat yang tertekan akibat pandemik Covid serta Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin untuk membantu rakyat. Malahan Lim Kit Siang menggesa rakyat menyokong petisyen supaya sidang parlimen dilanjutkan untuk memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan pandemik Covid. Dengan itu juga Lim Kit... Continue Reading →

(Video) ROHINGYA: ANTARA PERI KEMANUSIAAN DAN MENYUSU KERA DI HUTAN

KDN telah mengesahkan bahawa pelarian Rohingya adalah setaraf dengan pendatang haram atau PATI. Hakikatnya, isu Rohingya telah meletakkan kerajaan pada situasi serba salah; membantu pelarian seagama atau menyusu kera di hutan tapi anak di pangkuan mati kelaparan’. Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) DS Hamzah Zainuddin telah mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian Rohingya.... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: