BURSA DAN RINGGIT MALAYSIA LONJAK NAIK SEPERTI MERAYAKAN KEJATUHAN KERAJAAN PN

Kenaikannya dilihat sebagai antara terbaik di dunia buat hari ini. Ia juga menjadi tamparan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin kerana pelabur tidak terkesan langsung dengan kejatuhan kerajaan PN, malahan secara positif melonjak seakan-akan meraikan kejatuhan PN. Nilai Ringgit juga naik sedikit tinggi berbanding dengan Dolar US. Pastinya ia menjadi isyarat bahawa pelabur, turut meraikan kejatuhan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin, dan memberi amaran kepada pemimpin yang akan mengambil alih supaya mengendalikan isu sosio-ekonomi dan politik dengan bijaksana.

VIDEO – AZMIN ALI JADI MANGSA DIMAKI HAMUN NETIZEN BILA COVID19 LONJAK NAIK 11K

Tiada lain yang golongan netizen lihat kecuali, kesalahan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, DS Azmin Ali kerana banyak laporan media mendedahkan sikapnya mempertahankan perbukaan kilang-kilang yang dikatakan menjadi kluster utama merebaknya Covid19.

MENTERI BIDAS DAKWAAN BLOOMBERG MALAYSIA NEGARA ‘FAILED STATE’

"Masih ada undang-undang, kesantunan sosiopolitik, pemerintahan yang baik dan sistem penyelenggaraan yang berfungsi, apatah lagi tidak ada tanda-tanda sistem itu rosak. Amat jelas boleh dilihat di mana-mana orang ramai tidak dinafikan hak mereka untuk membuat laporan polis terhadap sesiapa sahaja, termasuk pemimpin kerajaan. Situasi sedemikian tidak akan berlaku dalam negara disfungsi ‘failed state’ atau negara yang menuju ke arah itu, bidas Redzuan.

BERPULUH TAHUN ASYIK MENGKRITIK, BILA JADI MENTERI DIA TERUS BIADAB

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegur kenyataan yang dibuat oleh Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin yang dianggap biadab terhadap titah Yang Di-Pertuan Agong untuk membuka semula sidang Parlimen dengan kadar segera. Inilah yang terjadi kepada PH ketika memerintah tetapi hanya kekal selama 22 bulan sahaja, apabila pemimpin mereka menunjukkan kepimpinan buruk dan teruk sehingga ada yang terbabit dengan pengganas anatarabangsa LTTE, menyerapkan ideologi komunis, penyokong pembunuhan anggota bomba, bersekongkol dengan kartel dadah, merembat wang rakyat melalui projek terowong bawah laut yang membazir, menjadikan mahkamah sebagai institusi undang-undang rimba, terlibat dengan kes rogol, memperjuangkan sistem republik dan macam-macam lagi, setelah sekian lama penat mengkritik dan akhirnya mendapat ‘mandat’ rakyat kononnya dengan pembohongan, fitnah dan janji palsu. Kontradiknya, mereka amat pandai mengkritik.

MENTERI PEMBELA RAKYAT ATAU PEMBELA KAPITALIS BANK?

Rakyat bukan minta ‘wang percuma’ pada situasi kemelut menentang pandemik Covid19 ini. Rakyat hanya minta pihak bank membenarkan penangguhan bayaran hutang atau moratorium bank. Kuasa membenarkan penangguhan hutang itu ada di tangan tuan. Jangan zalimi rakyat. Tidakkah dalam peruntukan undang-undang kerajaan boleh gunakan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 Seksyen 10 dan 11, sekiranya kerajaan gagal menggunakan budi bicara untuk pihak bank melaksanakan moratorium?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: