VIDEO – SIAPAKAH MAHATHIR MAHU PERTIKAIKAN TETAMU DYMM AGONG?

Pemimpin tua yang dilabelkan oleh MO Ibrahim sebagai ‘pemimpin tua yang hanya mampu membawa rakyat ke kubur’ telah mempertikaikan jemputan DYMM SPB YDP Agong ke atas DS Najib sebagai tetamu DiRaja, sebagai sesuatu jemputan yang tidak wajar ke atas seorang banduan. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang amat biadap apabila dia berkata. "Pandangan saya banduan tidak seharusnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek. Mahathir rabun untuk melihat DS Najib sebagai mangsa konspirasi dan konspirator yang mengekang badan kehakiman negara, malahan rakyat melihat bahawasanya dialah bapak konspirasi yang mendukung agenda untuk ‘membunuh’ kerjaya politik DS Najib sebagaimana dia telah membunuh kerjaya politik pemimpin kanan negara yang lain, termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussien Onn, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Badawi dan ramai lagi.

DR MAHATHIR SUDAH HAMPIRI KEMATIAN TETAPI TERUS ANDAIKAN BAHAWA DIA MASIH MUDA UNTUK KEKALKAN KEKUATAN -NST

Dengan erti kata yang lain, Mahathir sering membawa persepsi bahawa dirinya masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang demi mengekalkan kekuatan pada usia 97 tahun. Mungkin juga benar, kerana sekiranya seseorang merasakan dirinya tua dan uzur, maka pastinya dirinya tidak berdaya untuk melakukan apa juga kerana dikongkong oleh persepsi usia yang tua. Sebaliknya sekiranya seseorang itu masih memberi persepsi bahawa dirinya masih muda, maka banyaklah perkara yang dia fikir dia mampu melakukannya.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: