BILAKAH SANDIWARA MUHYIDDIN AKAN TUTUP TIRAI?

Kegagalan kerajaan PN dalam tindakan mikro tertonjol sedikit demi sedikit, apabila kadar jangkitan Covid19 meningkat mendadak, rakyat menderita kerana halangan mencari rezeki, kilang-kilang kapitalis yang penuh dengan pekerj asing terus beoperasi, kontena mayat diperlukan oleh Hospital, penggali kubur dikejutkan dengan jenazah yang banyak, lantas rakyat kehilangan kerja dan ramai jatuh kepada tahap kemiskinan tegar. Sedangkan kadar jangkitan Covid19 mendadak naik sehingga Malaysia diangkat sebagai negara mangsa tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk. Semuanya benar, tiada yang tidak benar kecuali persepsi rakyat dan blok pembangkang menterjemahkan segala episod sebagai sandiwara hebat Muhyiddin dan kerajaan PN.

ADA MUSLIHAT, SEBAB ITU SEKARANG BARU LANTIK TPM

Mengapakah sebelum ini jawatan tersebut dikosongkan? Adakah kerana jawatan itu tidak penting langsung bagi Muhyiddin? Atau hakikatnya Muhyiddin mahu menjadikan kekosongan itu sebagai umpan untuk menarik sokongan daripada parti yang lebih dominan daripada kalangan pembangkang seperti PKR? Anehnya, hanya beberapa jam sebelum UMNO mengambil keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, baharulah pelantikan TPM dibuat dengan melantik seorang ahli MKT UMNO bagi mengisi jawatan tersebut. Ia juga membangkitkan persoalan, kenapa tidak melantik DS Hishamuddin Tun Hussein sedangkan dia adalah tokoh UMNO yang ‘diheboh-hebohkan’ sebagai calon PM? Selama hampir 1 setengah tahun, Muhyiddin tidak pun memerlukan TPM, tiba-tiba dalam keadaan UMNO marah dan telah memberikan ultimatum supaya sidang parlimen dibuka semula sebagai menyokong titah perintah DYMM SPBYDP Agong, baharulah TS Muhyiddin tergesa-gesa melantik DS Ismail Sabri mengisi jawatan itu.

WordPress.com.

Atas ↑