Pertamanya apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Ghazali ditukarkan untuk menggantikan Hakim Sufian Abdul Razak, hanya kerana abangnya adalah ahli politik UMNO. Ironinya mereka tidak lihat bagaimana Latheefa Koya yang merupakan Ahli Kepimpinan Tertinggi PKR dilantik sebagai Ketua SPRM, sebelumnya Tommy Thomas yang merupakan peguambela Lim Guan Eng dilantik sebagai Peguam Negara. Terkini Ketua Hakim Negara, Tun Maimun Tuan Man didakwa oleh Tommy Thomas sendiri, telah dilantik atas cadangannya, Tommy mengaku bahawa pelantikan itu tidak mengikut Perlembagaan.
VIDEO – PH TIDAK MEMBELA ISLAM
Kewujudan parti Amanah dan PKR sebagai parti komponen PH tidak langsung membantu mempertahankan kepentingan umat Islam serta agama yang dianuti oleh keseluruhan kaum Melayu di Malaysia. Keberadaan Amanah dan PKR boleh diibaratkan sebagai ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.
DAP HYPER HIPOKRIT DAN MEMALUKAN KERANA MASIH MAHU NAMAKAN GUAN ENG SEBAGAI CALON BAGAN
Lantas, pada PRU15 ini, sekiranya DAP masih mencalonkan Lim Guan Eng, manakala pengundi Bagan masih bodoh memilih perasuah dan kleptokrat hipokrit sedemikian maka DAP akan dilabel sebagai parti cauvinis Cina yang amat hipokrit dan pengundi Bagan bersedialah untuk menahan kekecewaan apabila Guan Eng disabitkan bersalah dalam kes rasuah berkenaan.
ANWAR DAN DAP BERPISAH TIADA
Adakah kerana DAP ditaja oleh kumpulan Yahudi sebagaimana didedahkan oleh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman? Manakala PKR juga dikaitkan dengan pertubuhan Yahudi apabila simbol partinya adalah selari dengan simbol ‘mata dajal’ dan ‘aluminati’ yang juga dikaitkan dengan pertubuhan Freemason Yahudi?
KENAPA DAP TIDAK CEMUH BERSATU, SETELAH ADUN TRONOH DIHUKUM BERSALAH KERANA MEROGOL?
Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Polis DiRaja Malaysia kerana tiga kali laporan siasatan dihantar kepada Peguam Negara, Thommy Thomas telah ditolak, tetapi akhirnya laporan siasatan keempat telah diterima. Tahniah kepada hakim kerana tidak tunduk kepada kehendak Tommy Thomas sedangkan rakyat sentiasa memerhatikan sejauh manakah keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara diamalkan di negara ini. Janganlah kepercayaan rakyat diperolok-olokkan.