PEMBIAYA POLITIK DAP YANG DIKAITKAN DENGAN KARTEL DADAH DAN ‘MACAU SCAM’ TELAH DITANGKAP DI THAILAND

Nampaknya, sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan oleh pihak media dan Malaysia Today, maka jelaslah parti DAP adalah parti hipokrit, yang cuba berlagak sebagaimana dewa yang mencanangkan kesamarataan bagi membela kaum pendatang dan cuba berlagak demokratik, tetapi sebaliknya membela kartel dadah dan macau scam. Sesuailah dengan akronim DAP yang dilabelkan oleh pihak tertentu sebagai ‘Dadah dan Pengganas’ yang terkait dan menyelubungi parti itu selama ini.

VIDEO – PENGARAH JS JENAYAH NARKOTIK BUKIT AMAN, DATOK AYOB KHAN, ULAS KES YASIN TANAM POKOK GANJA

Sekiranya ada mana-mana individu yang ada masalah seperti kemurungan keresahan, gangguan bipolar, dan sebagainya maka dia perlu dapatkan rawatan di hospital  melalui pakar psikatri, dan pakar ini yang menentukan dos pengambilan ganja itu. Bukan individu yang sakit itu menanam pokok ganja wewenangnya dan dia pula yang menentukan sendiri dos atau berapa bayak ganja yang dia perlu ambil untuk mengubat ketagihan atau penyakitnya. Dia nak jadi doktor sendiri? Macam penagih yang cucuk sendiri.

ADAKAH MENTERI BESAR MAHU KEDAH JADI NEGERI KARTEL DADAH?

Kenapa Menteri Besar Kedah, beriya sangat hendak rakyat terlibat dengan tanaman ketum dan usaha menjadikannya bahan komersil, sedangkan hakikatnya ia adalah dadah, sama seperti ganja atau kokain? Ketum atau Mitragyna Speciosa telah disahkan oleh kajian FDA (US Food and Drug Administration) mempunyai sifat kecanduan dan kesan lain lagi yang boleh mengheret pengguna kepada kerangsangan dan ketagihan sama seperti dadah lain yang disalahguna. Kesan sampingan yang lebih teruk termasuk kemurungan pernafasan (penurunan pernafasan), sawan, ketagihan dan psikosis.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: