GURU PERCAYA MITOS ANTIVAKSIN – SATU TINDAKAN ANEH BAGI MASYARAKAT BERTAMADUN

Sekiranya orang Asli, atau lebih manis disebut kaum asal pribumi, menolak vaksin, atau masyarakat pedalaman yang tersisih daripada media massa, mahupun media maya, menolak vaksin, maka bolehlah diterima. Namun apabila sebilangan guru sekolah menolak vaksin, maka ia menjadi suatu bisul dalam masyarakat kerana menolak gerakan arus perdana yang berhempas-pulas cuba mengekang dan melawan penularan Covid19. Guru adalah nadi dan jentera utama mendidik masyarakat supaya lebih bertamadun dalam menghadapi pelbagai gejala sosial, kesihatan, ekonomi, fahaman, kepercayaan, ideologi dan pelbagai lagi, namun apabila ada segolongan yang menentang gerakan seluruh dunia untuk melawan pandemik yang amat ganas ini, maka ada sesuatu yang tidak kena.

MUHYIDDIN TERPERANGKAP, HANYA PH-DAP DAPAT MENYELAMATKAN MARUAH DAN MASA DEPANNYA

Dari aspek perbelanjaan negara, bagaimanakah Muhyiddin akan menjawab di mahkamah nanti tentang perbelanjaan RM600 bilion sebagaimana diperakuinya pada April lalu. Walau apapun, DS Najib tidak pernah menyebabkan kematian rakyat sebegitu banyak, sehingga rumah mayat di hospital tidak dapat menampung longgokan mayat akibat Covid19. Kini dia sendiri telah melenyapkan RM600 bilion sedangkan Covid19 sedang membunuh 6000 nyawa rakyat sebulan. Biarlah Anwar mengambil kerusi PM, asalkan masa depan dirinya selamat sejahtera, tidak seperti DS Najib, tidak seperti DS Dr Zahid Hamidi yang ditujah dengan puluhan tuduhan sehingga menjadi aneh pada mata dunia tentang ‘undang-undang rimba’ Malaysia, semasa zaman PH.

SIDANG 220 AHLI PARLIMEN DITANGGUHKAN KERANA COVID19, MENGAPA PULA ROS DESAK PERHIMPUNAN 3.2 JUTA AHLI UMNO?

Adakah logik dan waras sekiranya sidang 220 ahli parlimen ditangguhkan kerana Covid19, sebaliknya perhimpunan 3.2 juta ahli UMNO didesak supaya diadakan segera? Tidakkah RoS peka dengan risiko nyawa rakyat, apabila Malaysia dikategorikan sebagai negara jangkitan Covid19 tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk? Lantas timbul persoalan adakah amaran yang diterima oleh UMNO merupakan kerja orang-orang yang berkuasa dalam PPBM, sebagaimana didedahkan oleh MP Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila pendaftaran parti Muda diterjemahkan sebagai disekat dengan bersyarat.

KKM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DR MUSA NORDIN

(KKM) yang akan bertindak membuat laporan polis ke atas Dr Musa Mohd Nordin yang menuduh berlaku rasuah dalam isu vaksin Moderna, sebagaimana disiarkan oleh SinarHarian. Dr Musa dikenali bukan sahaja sekadar penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) tetapi adalah sebahagian daripada kerajaan PH apabila beliau dilantik sebagai penasihat oleh bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, ketika PH berkuasa.“Kita berhadapan dengan pandemik berskala besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu cara untuk maju ke hadapan adalah untuk semua orang bersikap empati dan mengelakkan diri daripada menjatuhkan moral barisan hadapan dengan melancarkan permainan menyalahkan orang lain.”

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: