Kenyataan YAB PM itu adalah satu libasan pada wajah pemimpin DAP, yang juga penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang masih tidak sedar diri, dan mahu menyaman PM DS Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia, dan SPR kerana pembubaran Parlimen yang telah diisytiharkan pada 10 Okt, Isnin lalu. Pemimpin DAP itu juga wajar memohon maaf kepada DYMM SPB YDP Agong, atas tindakannya yang turut membabitkan kedaulatan baginda yang berkuasa memperkenankan pembubaran parlimen. Dengan kata-kata lain, dia telah turut menghina kerana mempertikaikan kebijaksanaan Tuanku untuk memperkenan selepas menilai keadaan semasa politik serta mendapat taklimat Jabatan Meteorologi Malaysia yang meramalkan negara hanya akan menghadapi Monsun Timur Laut bermula pertengahan November ini dan berakhir pada Mac 2023.
VIDEO- ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA PARLIMEN DIBUBARKAN HARI INI 10-10-2022
PARLIMEN MALAYSIA KE-14 AKHIRNYA DIBUBARKAN SETELAH PELBAGAI KEMELUT POLITIK YANG BERPUNCA DARIPADA PH LAKNATULLAH DAN PMNYA.