LUCUNYA APABILA STRATEGI PN MENAKUT-NAKUTKAN KERAJAAN PERPADUAN BERTUKAR MENJADI GAGAL DAN BODOH

Editorial

21 Mei 2023

BAIK Muhyiddin, Abdul Hadi Awang mahupun Hamzah Zainuddin, kini masing-masing sedang kepanasan, sehingga terpaksa menyusun strategi ‘menakut-nakutkan’ dan secara tidak langsung mengugut pihak lawan mereka.

Setelah Muhyiddin terperangkap dengan kenyataan bahawa dia bukan suspek dalam kes rasuah Jana Wibawa, Hadi Awang pula terjebak dengan kes menyogok pengundi yang bersumpah menyokong PAS di Marang dan kemudiannya Hamzah Zainuddin, yang dilihat sebagai ‘mastermind Bersatu’ juga dikaitkan dengan rasuah serta isu minyak masak yang disorok oleh anaknya.

SPRM telah mengesahkan bahawa Muhyiddin adalah suspek, manakala Hadi Awang terpaksa mencari dalil baharu tentang rasuah, sehingga rasuah diterjemahkan sebagai sedekah, mengikut undang-undang ciptaannya yang terpesong daripada undang-undang yang dimaktubkan oleh parlimen dan perlembagaan.

Semua pemimpin tegar Perikatan Nasional itu sedang menggelupur, sedangkan PRN sudah hampir, dana parti kekeringan, dakwaan rasuah pemimpin pula menjadi ‘demerit factor’ yang akan memusnahkan sokongan pengundi terhadap PN.

Dalam medsos, sudah berdegar pelabelan PAS sebagai ‘penjual agama’, hipokrit dan menjadikan parti sebagai ‘tiket ke syurga’ seakan-akan ulama lain dari luar PAS langsung ‘tidak beriman’.

Dalam soal dana politik, Hamzah dan Takiyuddin terpaksa melutut pada Tun Daim, manakala Hadi Awang tanpa mengajak Muhyiddin bersama, telah mengadap ‘Bapa Perpecahan Melayu’ bagi menandatangani ‘Proklamasi Melayu’ yang cuba menutup kutukan terhadap kaum Melayu dalam ‘Kongres Maruah Melayu’ yang menjadi pentas Mahathir untuk mengutuk Melayu sebagai kaum yang malas.

Bagi Prof Syed HusseIn Al-Atas, mengutuk kaum Melayu-Bumiputera sebagai pemalas adalah pemikiran yang masih dikongkong oleh paradigma penjajah.

Rasanya lebih baik Mahathir wujudkan ‘Proklamasi Mamak’ kerana ia pastinya mendapat sokongan jitu dan mantap daripada pihak berkenaan.

Anehnya Hadi Awang yang selama ini menentang falsafah bangsa, sebaliknya dogma yang mengangkat Islam dan menolak apa jua asabiah bangsa, kini datang melutut pada Mahathir untuk menyokong ‘perjuangan hak bangsa’ melalui ‘Proklamasi Melayu’.

Adakah hakikatnya Hadi Awang cuba memohon sedekah daripada Mahathir menjelangnya PRN pada Ogos ini (selewat-lewatnya) kerana akaun Bersatu yang menjadi sandaran PAS telah dibekukan dan disita oleh SPRM?

Akaun luar negara milik Bersatu juga dipantau ketat dan sebarang transaksi pastinya menjadi bahan bukti SPRM dalam mahkamah.

Lantas Muhyiddin kini terkial-kial dan terpaksa menghantar proksinya mengadap dan melutut pada Tun Daim yang namanya sudah berada dalam ‘Pandora Papers’.

Kini bekas menteri kanan Mahathir juga sedang disiasat dalam kes rasuah yang menjarah dana negara lebih RM2.3 bilion.

Pihak media difahamkan bahawa telah berlaku transaksi kewangan yang menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan ringgit pada hujung 1990-an dan telah diseleweng untuk kepentingan individu-individu terbabit.

Kerajaan pimpinan Mahathir ketika itu dikatakan telah ‘bailout’ syarikat berkaitan demi menyelamatkan kroninya yang kini telah didedahkan dalam Kertas Pandora.

Kemudian tersebar pula ugutan bahawa PN sudah mempunyai 126 kerusi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Anwar Ibrahim.

Mudahnya untuk jatuhkan kerajaan, ibarat permainan dam di bawah pokok, sedangkan golongan pentaksub PN ini, lupa bahawa parlimen sudahpun memaktubkan Akta Anti-Lompat Parti.

Maka ada pula yang mengatakan bahawa menjatuhkan kerajaan bukan menjadi kesalahan untuk ‘menghalalkan’ perbuatan mereka dengan dalil yang melucukan dan bodoh.

Apa yang menjadi perhatian rakyat serta penganalisis ialah bahawasanya Bersatu sedang memperkudakan PAS, setelah gagal memperkudakan BN-UMNO.

PAS pula kini tidak selesa dan hilang ‘wala’ kerjasama dengan Bersatu setelah akaun Bersatu disita.

Malahan sejarah telah menunjukkan bahawa PAS adalah parti yang suka melompat ke sana-sini meninggalkan gabungan setelah ‘madu habis disedutnya’ atau ‘tiada madu’ yang boleh menguntungkannya.

DAP yang menjadi bahan kutukan PN dan PAS dan disokong oleh Mahathir, telah dijadikan bahan propaganda untuk menolak Kerajaan Perpaduan, sedangkan Mahathir, Muhyiddin dan Hadi Awang adalah bekas rakan sekongkol DAP.

Hakikatnya mereka buta melihat bagaimana DS Anwar menyusun sidang kabinetnya mengikut komposisi kaum dan bukannya seperti Mahathir yang dijadikan keldai, sehingga komponen parti Melayu-Bumiputera bermuafakat melalui ‘Langkah Sheraton’ untuk menjatuhkannya.

Malahan Mahathir sendiri mengaku dia adalah ‘PM boneka DAP’.

Hakikatnya, mereka buta bahawa DAP pimpinan Anthony Loke adalah jauh berbeza dengan DAP pimpinan Guan Eng-Tony Puah.

Tiada lagi kerakusan politik sebagaimana hak Melayu dijajah semasa Mahathir berkuasa sebagai PM ke-7.

Kerana ‘guilty concious’nya (rasa bersalah) yang amat dikesalinya, kini dia cuba membutakan dan memperbodohkan umat Melayu dengan ‘Proklamasi Melayu’ pula.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: