VIDEO – PAS AKAN ANGKAT KAKI TINGGALKAN GABUNGAN APABILA SUDAH TERJERUT?

Editorial

20 Mei 2023

Facebook Twitter LinkedIn Tumblr Pinterest Reddit VKontakte Odnoklassniki Pocket

KAUM Melayu, amat mudah termakan dengan dakyah politik PAS, kerana PAS kononnya memperjuangkan Islam.

Pada peringkat yang akstrem, pemimpin PAS yang sudah kehilangan modal propaganda akan menjual dakyah mereka bahawa ‘Sesiapa yang undi PAS masuk syurga’.

Adakah dengan propaganda sedemikian juga, ramai yang bukan Melayu-Islam, seperti Ramasamy dan Kit Siang mahu mengundi PAS?

Hakikatnya PAS sebenarnya bermasalah kerana Parti yang berasaskan agama ini, susah mendapat perhatian pengundi bukan-Melayu kerana imej politiknya yang amat ekstrem serta paradigma yang sempit dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Setelah sekian lama membenci DAP yang merupakan parti cauvinis Cina, PAS akhirnya bergabung dengan Pakatan Rakyat, sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan “Wajib mengundi DAP dan haram mengundi UMNO sampai kiamat’.

Untuk menunjukkan sayangnya dan benarnya politik DAP, pemimpin PAS terpaksa menonjolkan imej ‘berpelukan dengan pemimpin DAP’.

Namun apabila sedar, banyak ekstremisme PAS yang ditolak oleh DAP serta ditekan dengan cauvinisme DAP, maka PAS terpaksa meninggalkan Pakatan Rakyat, sehingga akhirnya Pakatan Rakyat terpaksa dikuburkan.

Lantas rakyat yang waras akan berfikir, ‘Adakah PAS ini benar-benar tertegak atas paksi agama’?

Dahulu PAS bersama BN, mereka juga tinggalkan BN dengan pelbagai rasional, antaranya ialah ‘tragedi Memali’ serta isu royalti minyak persisir pantai Kelantan-Terengganu.

Malahan PAS yang mempertahankan kematian orang kampung Memali sebagai syuhada, tetapi telah dikutuk oleh Mahathir sebagai ‘mati katak’.

Dalam isu royalti minyak pesisir pantai Kelantan-Terengganu, pihak kerajaan serta Petronas telah mengesahkan bahawa pelantar minyak milik negara bukan berada di luar jajahan negeri Kelantan-Terengganu. Lantas isu tuntutan royalti minyak oleh PAS tidak timbul.

Justeru, PAS terpaksa meninggalkan BN, tetapi amat lelah untuk berdiri sendiri tanpa sokongan pelbagai kaum.

Sebagai langkah proaktif PAS membuka pula ruang keahlian kepada bukan-Islam, sebagai strategi propaganda untuk menarik pengundi bukan-Melayu, tetapi PAS gagal.

Apabila pemimpin hebat dan berkarisme seperti Dr Hassan Ali, membangkitkan isu pemurtadan Melayu di Petalingjaya, pemimpin tertinggi PAS melenting, kononnya untuk menjaga keharmonian kaum atau hakikatnya menjaga hati dan perasaan DAP ketika bersama dalam Pakaran Rakyat.

Akibatnya Dr Hassan Ali dipecat daripada PAS.

Kemudian apabila bangkitnya golongan profesional Islam dalam PAS yang menentang ekstremisme agama yang dangkal, mereka juga ditendang keluar daripada PAS, lantas tertubuhlah AMANAH atau Parti Amanah Negara.

Terkini PAS mengadap dan melutut pada Tun Mahathir, apabila Presiden PAS hadir menemui Mahathir dan terperangkap dengan ‘Proklamasi Melayu’ yang kononnya memperjuangkan hak Melayu.

Hakikatnya semasa Kongres maruah Melayu, perasaan kaum Melayu dicincang dengan penghinaan bahawa Melayu malas dan terus menjadi kaum yang miskin di negara ini.

Namun baik Mahathir mahupun Abdul Hadi Awang lupa bahawa matlamat hidup kaum Melayu-Islam bukanlah kekayaan dunia, sebaliknya sebahagiannya adalah untuk kekayaan akhirat.

Pertemuan Hadi-Mahathir pada 3 Mei lalu telah membangkitkan persoalan, ‘Adakah Abdul Hadi sengaja tidak sedar tentang muslihat dan retorik Mahathir untuk mengemis semula sokongan kaum Melayu melalui ‘Proklamasi Melayu’ setelah ‘Kongres Maruah Melayu’ tempoh hari menjadi ‘Kongres Mengutuk Melayu’ bagi mewajarkan kerjasama Mahathir-DAP semasa diangkat sebagai PM ke-7?

Apabila dia berkuasa, Mahathir menjerut leher dan mencincang perasaan kaum Melayu, tetapi kini, apabila hilang kuasa, dia mula gelabah dan berlagak melutut semula kepada kaum peribumi yang menjadi majoriti komposisi kaum di Tanah Melayu ini.

Patutlah ketika Mahathir berkuasa sebagai PM Ke-7, DS Anwar Ibrahim tidak mahu berada dalam kabinetnya, pastinya kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin hipokrit sedemikian.

Lantas timbullah pula polemik bahawa Presiden PPBM (Bersatu), Muhyiddin Yassin, sudah ‘muflis’ untuk menghulurkan dana politik kepada PAS setelah akaun Bersatu dibekukan dan kemudiannya disita oleh SPRM kerana kaitannya dengan kes rasuah.

Muhyiddin telah mengesahkan bahawa pertemuan Hadi-Mahathir itu adalah tanpa pengetahuannya dan tidak dimaklumkan, sedangkan dia adalah Pengerusi PN.

Dahulunya Muhyiddin pernah berkata tentang tabiat pemimpin PAS, “PAS sudah terperangkap, dan apabila sudah terperangkap, dia akan kata ‘bohong’, dia akan kata tidak, dia akan nafikan, dan itulah yang biasa berlaku dalam PAS.”

Sebelumnya orang kuat Muhyiddin ‘Hamzah Zainuddin’ telah mengadap Tun Daim yang rakyat tahu kedudukannya sebagai kleptokrat terkaya Melayu.

PAS tandatangani Proklamasi Melayu, tetapi Kenapa Muhyiddin dan Hamzah tidak tandatangani?

Adakah Hadi perlukan, bukan sahaja setakat bantuan dana daripada Mahathir, tetapi juga ‘bantuan tangan ghaib’ dalam kes rasuah pengundi di Marang yang tidak dapat dibantu oleh Muhyiddin?

Adakah dahulu PAS bersedia bekerjasama dengan UMNO demi Perpaduan Ummah, tetapi apabila mendapati bahawa akaun UMNO sudah disekat oleh kerajaan pimpinan Mahathir dan kemudiannya Muhyiddin, PAS merasakan tidak relevan untuk bekerjasama dengan UMNO?

Lantas, PAS adalah parti yang mengendong pelbagai masalah prinsip dan hipokrasi yang memaksanya keluar daripada semua gabungan politik yang disertainya.

Paling mendukacitakan apabila rakyat melihat, bahawa PAS akan meninggalkan sahabat apabila dia sudah kenyang dan terpaksa mencari sahabat yang lain untuk penuhkan temboloknya.

Mahathir dan Daim adalah lubuk terbaik yang kini menjadi pilihan PAS.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: