MEREKA ANIAYA DS NAJIB DENGAN 17 TANDATANGAN PALSU

Editorial

20 Mei 2023

Kami saya wajar untuk warganet ketahui tentang strategi menganiaya DS Najib dalam kes SRC-1MDB.

Apa lagi bukti yang pihak pendakwa mahu setelah, hakim Mahkamah Tinggi dengan cara tergesa-gesa dilantik untuk kes SRC yang menjadikan DS Najib sebagai mangsa tangan ghaib.

Kemudian hakim yang sama didapati mempunyai ‘konflik kepentingan’ dalam penubuhan SRC dan hakim yang sama juga adalah Counsel Lawyer bagi MayBank.

Rakyat juga terkejut dengan latar suami Ketua Hakim Negara yang juga merupakan Panel Hakim Mahkamah Rayuan yang terbukti membenci DS Najib.

Seluruh negara yang mahukan keadilan mahkamah juga sedih dengan terbongkar ‘PAS leaks’ yang mahu DS Najib disumbat ke penjara secepat mungkin sebelum PRU15.

Lagi sekali rakyat terbungkam apabila pemimpin NGO membuat laporan polis berhubung tandatangan palsu dalam dokumen yang menjadi bahan bukti dalam perbicaraan terhadap bekas DS Najib Razak sebagai tindakan menyalahgunakan dana SRC International Sdn bhd.

Aktivis, A’zlan Muhammad Abu Bakar dari Gerakan Tuntut Malaysia mendakwa saksi ke-42 pendakwaan,

secara terbuka mengakui 17 tandatangan di dalam Arahan Perbankan yang dihantar kepada Bank AMIslamic melibatkan pemindahan wang berjuta ringgit bukanlah tandatangan beliau.

Dalam laporan polis, pemimpin NGO itu telah mendakwa keterangan Suboh menunjukkan bahawa tandatangan palsu dalam dokumen penting kes membuktikan bahawa pihak tertentu telah bertindak memerankap, menganiaya dan mengenakan Najib.

Anehnya mengapakah pihak polis yang menyiasat, pihak pendakwaan serta siasatan SPRM juga tidak mengemukakan isu kes pemalsuan tandatangan dalam dokumen berkenaan yang dikemukakan kepada bank.

Adakah terdapat ‘tangan ghaib’ yang menjadikan pihak berkenaan sebagai keldai untuk menganiaya DS Najib?

Hakikatnya SPRM dan PDRM telah diberitahu bahawa tandatangan saksi telah dipalsukan.

A’zlan menegaskan, “Malah 17 dokumen terbabit turut dikemukakan oleh pendakwa raya kepada mahkamah sebagai bukti kes walaupun sudah diberitahu terlebih dahulu dokumen mengandungi tandatangan yang dipalsukan.”

Keterangan saksi tentang tandatangan palsu itu amat mengecewakan pemerhati kes perbicaraan Najib yang melibatkan dakwaan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB, kerana ia boleh diterjemahkan sebagai keputusan yang tidak adil dan saksama.

Suboh yang memetik peribahasa Cina menyifatkan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Nik Faisal Ariff Kamil sebagai ada “gunung di belakangnya” dan berani bertindak kerana kedudukannya dalam syarikat itu.

Pastinya, maksud Suboh ialah ‘tangan ghaib’ yang amat berkuasa.

Mungkin juga terdapat tandatangan mungkin dipalsukan pada dokumen bank yang berkaitan dengan pemindahan dana melibatkan berjuta-juta ringgit dari SRC untuk dua anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd. 

Kini DS Najib kekal di dalam penjara yang dijangkakan selama 12 tahun.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: