Editorial
7 Mei 2023
Nampaknya tiada usaha bersungguh-sungguh untuk menangkap Jho Low yang menjadi suspek utama dalam kes penyelewengan dana 1MDB-SRC International.
Mangsanya dan sasaran kezaliman sistem kehakiman negara serta penganiayaan kerajaan terdahulu, adalah DS Najib Tun Razak.

Menteri Undang-Undang menyatakan bahawa Malaysia tiada perjanjian ekstradisi penjenayah dengan China.
Namun hakikatnya undang-undang negara Komunis China ke atas penjenayah rasuah adalah hukuman tembak sampai mati.

Agak mengejutkan apabila Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat ‘kerumitan untuk mengekstradisi Jho Low dari China kerana beliau percaya Kerajaan Malaysia dan China tidak ada perjanjian ekstradisi’ (sebagaimana dilaporkan oleh BERNAMA).
Nampaknya Menteri Undang-Undang sendiri tidak pasti sama ada Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China atau tidak.

Beliau hanya ‘mempercayai’ tiada perjanjian ekstradisi, sedangkan beliau adalah Menteri Undang-Undang yang semestinya tahu secara dasarnya jika tidak secara terperinci, sama ada terdapat perjanjian ekstradisi atau tidak.
Sekiranya tiada perjanjian ekstradisi penjenayah dengan China, maka sejak berpuluh tahun yang lampau, mengapa Malaysia tidak berusaha mewujudkan perjanjian tersebut sebagaimana Malaysia menjalin perjanjian dengan negara-negara serantau yang lain.

Adakah kerana terdapat agenda tersembunyi untuk menyelamatkan taiko-taiko perasuah tegar Cina daripada didakwa di negara komunis itu mahupun Malaysia, atau sebenarnya, Jho Low sememangnya cuba diselamatkan oleh pihak yang mahu terus menganiaya DS Najib?
Sebilangan rakyat berasa lega apabila YAB DS Anwar Ibrahim telah berunding dengan kerajaan China semasa lawatan rasminya bulan lalu, untuk mengekstradisi Jho Low yang menjadi suspek utama dalam kes 1MDB-SRC International.

Sebagaimana dakwaan Bradley Hope, pengendali laman web khusus untuk menjejaki Jho Low, usaha DS Anwar itu adalah sesuatu yang amat signifikan, untuk menafikan dakwaan bahawa negara China Komunis itu terbabit dalam perjanjian dengan ahli perasuah itu untuk menutup skandal 1MDB.
Namun apakah yang PM ke-7 dan ke-8 buat, semasa pihak mahkamah yang dilihat tergesa-gesa mahu memenjarakan DS Najib setelah PH menang PRU14?
Sewajarnya saksi utama skandal 1MDB ini diheret dahulu ke mahkamah sebelum melengkapi usaha pendakwaan ke atas DS Najib.
Terkini, rakan rapat Jho Low dalam skandal 1MDB telah ditahan di KLIA2, kerana dia sendiri tidak tahu bahawa dia adalah suspek buruan SPRM sejak 6 tahun lalu.

Selepas 6 tahun menghilangkan diri, dan bersembunyi di Hong Kong, dia telah dikesan di KLIA2 oleh pihak imigresen sebagai suspek buruan SPRM dalam kes SRC-1MDB.
Suspek adalah kenalan rapat kepada Low Taek Jho atau Jho Low yang kini diburu pihak berkuasa bagi membantu kes 1MDB.
Sumber media SPRM menjelaskan, suspek terbabit dengan skandal 1MDB dan menerima wang hasil seleweng menerusi akaun bank syarikat yang dikenali sebagai Wright Shaw Limited.
Nampaknya tiada sebarang usaha untuk mewujudkan kerjasama dengan China mahupun Interpol dalam penghakiman kes 1MDB-SRC.
Suspek hanya ditangkap setelah dia sendiri kembali ke Malaysia, kononnya tanpa pengetahuan bahawa dia adalah buruan SPRM.
Pastinya rakyat mahukan usaha proaktif, jitu, tegar dan bersungguh-sungguh untuk menentang kuasa tangan ghaib yang cuba menyekat penangkapan Jho Low.
Jika tidak, kezaliman dalam sistem kehakiman negara terus dikuasai oleh tangan ghaib itu sebagaimana menjadi persepsi rakyat yang mahukan keadilan.
*****
Tinggalkan Jawapan