Editorial
6 Mei 2023
Apabila ditanya oleh pihak media, adakah Tun masih mahukan jawatan PM?
Lantas dia menjawab, dia sedar dia sudah tua, tetapi penyokong masih mahukan dia menjadi PM.
Apa maksudnya? Ia boleh diterjemahkan bahawa dia adalah politikus tua yang tiada prinsip. Prinsip yang ada dipegang ialah prinsip penyokong.
Namun hakikatnya berapa ramai penyokong yang masih mahu politikus brusia 97 tahun mengepalai kerajaan. Apa bukti statistik dan data?
Di Parlimen Langkawi dia sudah tersungkur. Di mana-mana juga parti Pejuangnya sudah lumpuh.

Di manakah duduknya bukti bahawa penyokong atau rakyat masih mahukan dia?
Dahulu semasa dia menjadi PM kepada kerajaan ‘PH-22 bulan’, dia mengaku bahawa dirinya telah dijadikan ‘boneka’ oleh mereka yang mendominasi kerajaan.
Justeru, adakah dia masih tidak sedar diri bahawa manusia tua 90-an yang sudah tipis kudrat amat mudah dijadikan keldai oleh pihak yang mendominasi pentas politik negara?

Pada senario terkini, tidakkah dia telah mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin adalah pengkhianat?
Dua hari lalu, Presiden Pas pula datang mengadap dia.
Tidakkah Abdul Hadi Awang lupa dia pernah mendakwa ‘Mahathir ‘pembangkang’ agenda Islam’?
Kalau Tun pembangkang agenda Islam, tidakkah Tun itu ‘musuh Islam’?

Mengapa pula pemimpin Islam yang ‘hebat’ seperti Hadi sedia melutut pula pada Mahathir untuk sama-sama menentang kerajaan sedia ada pimpinan DS Anwar?
Semasa dia menghadiri simposium di Kigali, ahli ekonomi Afrika, M.O. Ibrahim telah menyindir politikus berusia 90 tahun dengan soalan “Kemanakah pemimpin tua berusia 90 tahun mahu membawa rakyat? Ke kubur?”
Justeru, “Sudah-sudahlah” Mahathir.
Semua PM yang pernah mentadbir negara telah kamu ganggu dan kamu serang dengan agenda halus kamu sehingga semuanya tersungkur dan dua daripadanya telah disumbat ke penjara.
Kamu bijak memecah-belahkan kaum Melayu, kamu hina Tunku Abdul Rahman, kamu jatuhkan Tun Abdullah Badawi supaya DS Najib boleh diangkat sebagai PM untuk dijadikan boneka kamu.
Tetapi apabila agenda tidak kesampaian, DS Najib diserang ‘by hook or by crook’ dengan sistem kehakiman yang dikawal oleh tangan ghaib, Peguam Negara dilantik atas desakan politik yang sentiasa tunduk pada kehendak tangan ghaib itu, dan begitu juga dengan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika kamu berkuasa.
Nampaknya wujud ‘maniac’ bukan sahaja dalam konteks ‘sex maniac’ tapi juga ‘politikal maniac’.
Terkini tersebar pula cerita di kaki lima sudah ada angka 126 yang cukup untuk melumpuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan Anwar dan ia seperti signifikan apabila Abdul Hadi datang bertemu kamu, dan apabila Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan datang mengadap kroni kamu Tun Daim.
Cukuplah dengan langkah tempang ‘Sheraton’ yang menyungkurkan kamu setelah 22 bulan berkuasa, tetapi hanya mampu berdiri 17 bulan selepas itu.

Rasa muak, meluat dan loya, bukan sahaja dirasai oleh rakyat, penggiat ekonomi, pelabur luar dan dalaman, malah baginda Sultan Johor juga sudah bertitah,
“Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan (masyarakat) negara kita, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.
“Sudah-sudahlah. Sampai bila, lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini?”
Sedarlah diri sedikit, ke mana kamu hendak membawa rakyat?
Berilah peluang kepada Anwar untuk menjalankan tanggungjawabnya.
DYMM Agong juga pernah bertitah bahawa punca kemelut politik adalah bertitik-tolak daripada tabiat politik kamu.

Kalau kamu tidak suka, tunggulah 4 tahun lagi, itupun jika nyawa kamu masih panjang, dan kamu bertandinglah untuk dijulang sebagaimana kamu dijulang 60 tahun dahulu.
Jika kamu rasa tidak terdaya, namun kekayaan wang ringgit kamu mungkin amat berdaya untuk menipu rakyat.
Tapi apa yang kami lihat, kamu, parti Pejuang kamu, dan GTA kamu, telahpun ditendang oleh pengundi jauh dari hati mereka.
Sudah, sudahlah!
*****
Tinggalkan Jawapan