ADAKAH DEMO JALANAN SAMM SEBAHAGIAN DARIPADA RENCANA DAIM-MAHATHIR UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN?

Editorial

5 Mac 2023

Laporan MalaysiaKini berkenaan NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang dikepalai oleh Chegu Bard @ Badrul Hisham Shaharin yang mahu menggulingkan Kerajaan Perpaduan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh pihak keselamatan.

Mereka akan mengadakan perhimpunan menentang kerajaan tidak lama lagi dengan penyertaan golongan anak muda kononnya.

Agenda utama ialah menjatuhkan DS Anwar sebagai PM.

Nampaknya isu ‘rampasan kuasa’ yang diuar-uarkan oleh beberapa pihak dalam kalangan pembangkang telah ditanggapi sebagai isu picisan dan khabar angin.

Namun dari aspek undang-undang tindakan atau perbuatan yang mengancam ketenteraman awam adalah suatu isu yang besar kerana ia boleh menyebabkan keresahan awam dan mengganggu urusan industri ekonomi dan pelaburan.

Berita tentang cubaan rampasan kuasa berkenaan yang tersebar baru-baru ini dalam Finance Twitter serta media arus perdana yang lain, akan memberikan dampak buruk terhadap kestabilan politik, serta ancaman kepada ketenteraman awam.

Demo jalanan sebagaimana dirancang Chegu Bard dan konco-konconya di hadapan SOGO pasti akan mengganggu rakyat yang berurusan di kawasan itu, aliran kenderaan, perniagaan, urusan membeli-belah, mengganggu aura Hari Raya dan banyak isu lagi.

Kini ia cuba diindoktrinasikan ke dalam pemikiran golongan generasi muda melalui SAMM.

Dari aspek undang-undang PERKARA 149 agak jelas mencegah sebarang perbuatan atau tindakan terancang oleh mana-mana kumpulan atau individu sama ada di dalam negara atau di luar negara.

Walau bagaimanapun pihak PDRM tidak akan mendiamkan diri, pemerhatian ketat sedang diberikan, dan Malaysia bukanlah negara anarki yang tiada undang-undang.

Inilah yang mungkin dimaksudkan oleh DS Anwar sebagai ‘igauan pihak pembangkang’ dan tidak perlu dilayan.

DS Anwar juga menyatakan bahawa golongan ini “memang tak ada kerja, tetapi diberikan kerja sedemikian, jika tidak mereka tidak ada kerja.”

Ikrar DS Anwar untuk membanteras rasuah bukan sahaja merisaukan Muhyiddin, tetapi juga Mahathir dan Tun Daim Zainuddin

Akaun Bersatu telah disita, lantas perbelanjaan Bersatu pada PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi, terjejas teruk, maka amatlah wajar bagi Bersatu mencari perlindungan daripada kleptokrat yang sememangnya diiktiraf sebagai antara terkaya di dunia.

Malangnya sebarang transaksi wang luar negara daripada akaun Muhyiddin akan dipantau ketat oleh BNM dan SPRM.

Jadi media dan kerajaan sedang memerhatikan tindakan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin serta Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkenaan perjumpaan mereka dengan Daim secara rahsia itu.

Apakah agenda pertemuan mereka? Adakah kerana Bersatu dan PAS cuba menagih peruntukan kewangan dan kerjasama politik untuk membantu mereka pada PRN nanti?

SPRM juga telah memulakan siasatan ke atas Daim, berhubung akaun rahsia luar pesisirnya yang didedahkan dalam Kertas Pandora.

Mahathir pula mula gelabah hendak mengheret DS Anwar di mahkamah berhubung dakwaan nepotisme yang telah memperkayakan keluarga Mahathir selama 22 tahun melalui pemerintahan kuku besi (1981-2003) yang menyaksikan rasuah, nepotisme dan kronisme berleluasa.

Golongan seperti yang dipimpin Chegu Bard itu, bukan bekerja secara percuma, mesti ada ‘funder’ mereka. Funder itu pula pastinya daripada individu atau organisasi yang ada ‘wang’.

Kita lihatlah nanti apakah tindakan PDRM. Pastinya ada yang akan direman untuk siasatan atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam atau mungkin tuduhan ‘rampasan kuasa’.

Lantas, ia adalah strategi Mahathir yang cuba mengatur bidak-bidaknya bagi mewajarkan tuduhannya bahawa DS Anwar adalah diktator.

Namun Mahathir lupa bahawa dalam senarai pertubuhan global seperti ‘RANKER’ nama Mahathir sudah tercatat dalam senarai ‘The Famous Dictator of the World’ atau ‘Diktator terkenal Dunia’.

Mahathir sudah mendapat penarafan, jadi usahlah hendak mengheret orang lain setaraf dirinya sebagai diktator dunia pula.

Jika PDRM mengambil tindakan terhadap Chegu Bard nanti, Mahathir akan bertepuk tangan dan dengan pantas akan menuduh Anwar ‘Diktator’, tetapi dia lupa dengan Peristiwa Pembunuhan Memali, Opps Lalang, strategi GESTAPO dan macam-macam lagi yang dia telah lakukan semasa 22 tahun dia berkuasa.

Malahan suatu ketika dahulu dalam The Malay Mail, Mahathir pernah mengaku dia adalah ‘Diktator’!

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: