SANUSI BERJAYA MEMBAWA LEGASI KEGAWATAN AIR KELANTAN KE KEDAH

Editorial

20 April 2023

TAHNIAH kepada pemimpin hebat yang bebal seperti MB Kedah, Muhammad Sanusi kerana berjaya membawa legasi masalah bekalan air di Kelantan ke Kedah untuk rakyat yang taksub dengan strategi menjual agama demi politik.

Kedah yang kaya dengan air dari Sungai Muda, malah menjadi pembekal air kepada Pulau Pinang, kini seperti mahu membunuh rakyat dengan bekalan air yang pincang.

Lumrahnya manusia masih boleh mempertahankan nyawanya kerana tidak makan, namun amat memudaratkan nyawa jika tidak menjamah sedikit air.

Pada tahun 2020 Sanusi dengan gahnya mencanangkan bahawa masalah gangguan bekalan air yang sering dialami penduduk Kedah dijangka selesai menjelang 2023.

Kononnya ia adalah kejayaan pembinaan empat Loji Rawatan Air (LRA) baharu di Jenun Baru, Sungai Limau, Bukit Selambau dan Lubuk Buntar Lama yang dijangka siap.

Sanusi juga melalui mulutnya sendiri telah mengaku menerima RM900 juta dari kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah air dan memastikan rakyat mendapat bekalan air untuk keperluan hidup mereka.

Sekiranya itulah janji Sanusi maka usaha proaktif hendaklah diambil untuk membuktikan kebenaran kata-katanya yang telah diluahkan kepada rakyat.

Namun hari ini nampaknya menjelang hari raya, rakyat terpaksa menanggung dampak belakan air, malah ada di sesetengah daerah telah mendapat air kotor.

Sanusi harus bertanggungjawab sebagaimana kritikan Ketua Penerangan UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Sanusi kelihatan lebih mementingkan populariti murahan berbanding menjalankan tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Sanusi tidak berterus terang kepada rakyat dengan memberikan gambaran yang tepat mengenai loji pemprosesan air Bukit Selambau dan Sungai Limau yang sedang menghadapi masalah.

Namun MB Kedah itu lebih suka mencari jalan mudah dengan menyalahkan kerajaan PH sebelumnya, yang tidak akan menyelesaikan masalah air berkenaan, sebaliknya hanya mendidihkan lagi hubungan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

Malahan Sanusi memberikan alasan dangkal dan meleset untuk menipu rakyat, bahawa masalah air di Kedah adalah kerana cuaca panas yang mengakibatkan lunturnya kuantiti air.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah perkembangan projek loji air di Bukit Selambau dan Sungai Limau yang lembab sedangkan kedua-dua loji berkenaan menjadi saluran air bersih utama bagi penduduk di Daerah Kuala Muda.

SADA (Syarikat Air Darul Aman) ternyata telah gagal menyelesaikan permasalahan aduan dan tindakan pantas terhadap gangguan air, dan dilihat masih selesa dengan sistem yang ketinggalan zaman.

Tiada pilihan lain yang dijanjikan oleh SADA kecuali menghantar air ke kawasan terjejas, namun jadual bekalan air sentiasa terkelencong daripada waktu yang dijanjikan sehingga membangkitkan kemarahan rakyat.

Adakah ketaksuban rakyat Kedah terhadap pemimpin yang menunggang agama, telah menjadikan mereka reda dengan kegagalan bekalan air bersih dan mengabaikan tanggungjawab dan amanah kerajaan negeri?

Sebagaimana selama 30 tahun PAS mentadbir negeri Kelantan, Sanusi masih mengikut rentak lama apabila memberi bermacam-macam alasan sebaik isu masalah air di negeri itu berbangkit.

Sebagai analogi, adakah sekiranya negeri Kelantan ramai penagih dadah dan pesakit AIDS, maka pemimpinnya akan berkata, “Negeri lain pun ramai penagih dadah dan diserang AIDS”?

Sebagaimana PAS Kelantan asyik menuding jari terhadap kerajaan UMNO, meskipun sudah memerintah selama 30-tahun, tetapi apabila PN melantik Timbalan Presiden PAS sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air namun masalah air masih menjadi persoalan besar.

Masalah bekalan air kotor dan aliran lembab bukan sahaja menekan rakyat marhaen tetapi turut berjangkit kepada pengurusan hospital serta aktiviti industri yang akan melemahkan punca ekonomi serta membangkitkan kemarahan pelabur.

Nampak sangat bahawa rakyat Kedah dan Kelantan telah diperbodohkan dengan air kotor yang diuruskan oleh syarikat lantikan pemimpin PAS sendiri.

Tidaklah mengejutkan apabila parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mengumumkan akan mengemukakan saman ke atas kerajaan negeri berhubung masalah air yang berlarutan di negeri itu lebih 30 tahun.

Rakyat Kedah dan Kelantan tidak boleh lagi diperbodohkan oleh penunggang agama yang bijak berdalil, dan mencari alasan agama untuk mewajarkan kelemahan mereka.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: