SPEKULASI DILEMA ANWAR DAN ZAHID MENOLAK PEMBEBASAN NAJIB HANYALAH FITNAH DAN PERSEPSI LIAR YANG JAHAT

Dr.Mamat Desa

9 April 2023

Meskipun pada dasarnya Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan majoriti 4-1 menolak permohonan DS Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan membatalkan hukuman penjara 12 tahun serta denda dalam kes SRC International, namun hujah Pengerusi Panel Hakim, Datok Abdul Rahman Sebli adalah kenyataan yang kukuh untuk mengangkat hakikat bahawa mahkamah tidak memberikan keadilan yang signifikan kepada tertuduh.

Hujah majoriti keempat-empat hakim, diterjemahkan oleh TS Shafee Abdullah, hanya sebagai hiasan seakan-akan mereka langsung tidak mempedulikan soal ‘konflik kepentingan’ hakim Mahkamah Tinggi yang terbukti kukuh dan mantap, serta mengabaikan hak pembelaan ke atas tertuduh apabila peguambela tidak diberikan masa yang signifikan untuk meneliti butiran kes.

Dari sudut lain, rakyat dan penganalisis yang memerhatikan dan meneliti prosiding perbicaraan hairan kenapakah (antara lain):

  • Hakim Mahkamah Tinggi YA Datok Sofian Razak telah ditukar hanya kerana saudaranya adalah ahli UMNO yang aktif, sedangkan suami Ketua Hakim Negara terang-terang merupakan individu yang membenci Najib tidak pula dia diambil kira?
  • Pelantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara tidak dipersoalkan malah tercatat dalam memoir bekas Peguam Negara era Mahathir, Tommy Thomas, sebagai lantikan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan?
  • Pelantikan Tommy Thomas yang amat signifikan sebagai lantikan politik sebagaimana diperakui sendiri olehnya, demi menyelamatkan konco-konco politik parti pemerintah ketika Mahathir berkuasa selama 22 bulan, juga tidak menjadi pertimbangan perbicaraan?
  • Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang jelas merupakan pelantikan politik juga tidak dipersoalkan?
  • Konflik kepentingan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjadi bukti kes apabila dia merupakan Counsel Lawyer Maybank, serta wang RM1.03 juta dalam akaunnya juga seperti diabaikan sama-sekali oleh pihak mahkamah?
  • Keterlibatan Gabenor Bank Negara dan ahli keluarganya sebagai penerima sogokan 1MDB sejumlah RM700 juta juga tidak mendapat perhatian dan jelas diperlengah-lengahkan oleh pihak mahkamah?
  • Saksi utama iaitu Low Taek Jho@Jho Low hanya menjadi mitos kepada pihak hakim dan tiada langsung usaha untuk mengheretnya ke mahkamah, sedangkan Mahkamah Kuwait telah menjatuhi hukuman bersalah terhadapnya dan hukuman penjara 10 tahun?
  • Bebarapa lagi saksi penting seperti Nik Faisal Arif Kamil yang hilang-lesap, seakan-akan tidak menjadi bahan bukti yang signifikan kepada pihak mahkamah dalam prosiding yang adil terhadap tertuduh?
  • Isu ‘PAS Leak’ yang mahu Najib dipenjarakan, seakan-akan bersingkron dengan keputusan mahkamah yang tergesa-gesa mahu DS Najib dipenjarakan sebelum PRU15 berlangsung, juga tidak menjadi isu penting bagi membatalkan keputusan mahkamah?
  • Pihak SPRM terpaksa menegakkan tanggungjawab mereka mendakwa sesiapa sahaja yang terlibat dalam jenayah rasuah termasuk hakim, sebaliknya Ketua Hakim Negara telah membentuk ‘undang-undang’ peribadi untuk membela para hakim sedangkan sudah ada presedens pendakwaan terhadap hakim?
Dipetik daripada Google

Lantas, apakah rasionalnya bagi YAB PM DS Anwar Ibrahim mahupun TPM, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menidakkan hak DS Najib dalam soal mendapatkan pengampunan DiRaja?

Hakikatnya DS Anwar lebih faham tentang penganiayaan dan penderitaan setelah dipenjara selama 10 tahun yang menjadi agenda tersembunyi ‘kleptokrat terkaya dunia’ sebagaimana yang dilabelkan oleh MSN dan beberapa media global yang lain.

Anwar sendiri memperakui tiada apa-apa tekanan terhadapnya dan apa jua ‘konflik kepentingan’, malah dia adalah sebahagian daripada proses pengampunan yang mahu dirafak sembah kepada DYMM SPBYDP Agong.

Fitnah bahawa MKT tertinggi UMNO tidak prihatin terhadap DS Najib juga sesuatu yang dangkal kerana UMNO sentiasa sedih dan hiba terhadap penganiayaan dan kezaliman yang dikenakan ke atas DS Najib, malah sesiapa juga.

Isu yang asas bukanlah tokoh profil tinggi seperti DS Najib, tetapi isu utamanya ialah ketidakadilan mahkamah yang dikenakan kepada tertuduh.

Sebagaimana kata YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datok Abdul Rahman Sebli, “Keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak bersalah. Orang yang dituduh itu mesti mendapat perbicaraan yang adil. Dia juga mesti merasakan dia diberi perbicaraan yang adil. Jika sistem (mahkamah dan keadilan) tidak dapat menyediakan ini, lebih baik dia tidak dibicarakan sama sekali.”

Titah Sultan Johor yang bakal menduduki tahta DYMM SPBYDP Agong bagi sesi berikutnya, “Jika Najib boleh dimasukkan ke penjara, bagaimana dengan orang lain?”

Justeru, tunggulah masanya, mungkin ada yang akan menghembuskan nafas sesaknya dalam penjara, jika itu kehendak Allah!

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: