Editorial
29 Mac 2023
NAMPAKNYA terbangkit polemik bahawa nama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy akan disingkirkan dari senarai calon DAP pada PRN Pulau Pinang nanti, sebagaimana dilaporkan oleh beberapa media dalam talian.

Nama Ramasamy pernah tercatat dalam rekod PDRM dan mencemarkan nama DAP apabila terlibat sebagai aktivis kumpulan pengganas antarabangsa LTTE (Tamil Eelam), yang kini dikatakan telah terkubur, meskipun kepimpinannya tercambah di seluruh pelosok Asia dan Eropah.
Rentetan itu juga dua ADUN DAP dan beberapa lagi individu telah ditahan oleh pihak PDRM pada 2019 bagi tujuan siasatan atas dakwaan kaitan mereka dengan pertubuhan pengganas LTTE.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga pernah dilaporkan mengesan kewujudan beberapa pemimpin kanan LTTE yang menggunakan Malaysia sebagai tempat perlindungan dan pusat logistik.

Gambar Ramasamy memuja replika AK47, dan gambar Ramasamy terlibat dalam satu sidang yang dikendalikan LTTE telah menjadi bukti bahawa dia adalah ahli LTTE. Upacara menyembah AK47 adalah salah satu daripada amalan kumpulan pengganas LTTE.
Menurut laporan Editor Malaysia berdasarkan kenyataan pihak counter terrorism PDRM, dua ADUN berkenaan ditahan kerana menghadiri majlis sokongan kepada LTTE di Melaka.
Rakyat tertanya-tanya adakah terdapat sel-sel LTTE di negara ini dan berapa banyak bantuan kewangan yang diberikan oleh pemimpin tertentu DAP kepada LTTE, jika penglibatan pemimpin DAP itu benar.

Ramasamy juga pernah mengeluarkan kenyataan yang berbaur ‘keganasan’ yang dikaitkan dengan kumpulan LTTE.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga pernah membangkitkan kes tiga rakyat asing yang ditahan pihak berkuasa sebagai anggota pengganas LTTE.
Khalid mendakwa suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain usaha mengaktifkan semula aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa.

PDRM dan rakyat seluruhnya juga hairan mengapakah Ramasamy bersungguh-sungguh mempertahankan rakyat asing itu?
Presiden Putra Perkasa, Dato Ibrahim Ali, melalui Editor Malaysia juga mempersoalkan jika penahanan dua ADUN DAP atas alasan hadir perjumpaan menyokong dan mengutip dana untuk LTTE, kenapa tidak ditahan mereka yang turut hadir saperti P. Ramasamy dan Kulasegaran?

Ibrahim menegaskan, “Jika diambil kira isu-isu lain, sepatutnya atas faktor keselamatan, sewajarnya mereka diambil tindakan tegas termasuk kes menghina Islam dan Raja Raja Melayu.”
Maklumat tentang penyingkiran nama Ramasamy dipercayai dikeluarkan oleh sumber dalaman parti itu sendiri daripada kem Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.
Berita tersebut menjadi bertambah panas apabila beberapa lagi sekutu Ramasamy seperti ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy dan beberapa lagi akan turut disingkirkan.
Tidaklah diketahui sejauhmana benar apabila sumber tersebut mendakwa bahawa Guan Eng mahu menyerapkan orang-orangnya.
Walau bagaimanapun rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan negara, pastinya mahu aktivis LTTE disingkirkan daripada kerajaan Perpaduan, pimpinan DS Anwar Ibrahim.
Parti DAP sejak beberapa dekad setelah ia ditubuhkan, telah didominasi oleh bekas Setiausaha Agung, Lim Kit Siang, disusuli anaknya, Guan Eng, yang kini pengerusi DAP.
Bekas Ahli Parlimen DAP yang dikatakan menjadi sumber informasi berkenaan, mendakwa wujud rancangan menggantikan mereka yang berada dalam “kem Ramasamy” dengan konco-konco Guan Eng.
Antara nama yang menjadi pilihan Guan Eng untuk dibawa masuk adalah Sundarajoo Somu.
Dalam responsnya, Ramasamy, 74, menyatakan rasa “terkejut” dengan laporan The Star yang mendakwa beliau akan digugurkan sebagai calon, pada pilihan raya negeri.
Dia tidak faham daripada mana akhbar itu mendapat maklumat, sedangkan DAP Pulau Pinang belum lagi menghantar senarai nama calon berpotensi kepada kepimpinan pusat parti.
*****
Tinggalkan Jawapan