Editorial
26 Mac 2023
BARU semalam, Tun Mahathir menyerang UMNO membabi-buta dengan kenyataan bahawa ‘UMNO tidak wujud lagi’.

Nampaknya seperti biasa Mahathir cuba mengalih tumpuan khalayak media terhadap kenyataan Timbalan Presiden PAS, DS Tuan Ibrahim yang mahu parti rekaan Mahathir, iaitu Pejuang, dibubarkan sahaja, manakala pemimpinnya menyelinap masuk ke parti PAS dan Bersatu.
Mahathir tidak mahu membidas Tuan Ibrahim kerana dia masih menaruh harapan agar parti Pejuang pimpinan ‘anak manjanya’ masih diberi ruang untuk bersama dengan PN.
Malahan pelbagai spekulasi terbangkit apabila Mahathir sendiri meninggalkan Pejuang yang diasaskannya, supaya golongan anti-Mahathir dalam PN tidak melihat kewujudan Mahathir dalam Pejuang, dan sedia membuka pintu menerima parti picisan itu.
Bagaikan pengemis yang tidak mahu dibantu, malah Pejuang dinasihatkan Tuan Ibrahim supaya dibubarkan sahaja.

Tuan Ibrahim menolak Pejuang mentah-mentah kerana PAS tidak mahu Pejuang menjadi parasit setelah parti komponen PN menyusun pembahagian kerusi DUN pada PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pastinya, Mukhriz amat berharap untuk menumpang payung PN, kerana Pejuang tiada akar umbi, sebaliknya hanya mengharapkan populariti Mahathir yang kini merupakan harimau tua dengan taringnya yang reput jika tidak ‘tongkol kayu’ sebagaimana jenama yang diberikan oleh DS Najib.
Pejuang, meskipun berada dalam gagasan baharu yang dinamakan GTA@Gerakan Tanah Air, semasa PRU15, ternyata tidak dipedulikan pengundi, termasuk Mahathir yang kalah di Parlimen Langkawi, malah hilang wang deposit (betapa rendahnya sokongan pengundi Langkawi terhadap Mahathir).
Sifat ego dan bongkak Mahathir semasa PRN Johor amat ketara apabila dia dengan sinisnya dalam surat terbuka kepada pengundi Johor, menuduh UMNO sebagai parti yang “amat korup dan menghilangkan duit rakyat dan parti korup itu sudahpun dikalahkan pada PRU14”.
“Kumpulan ini dipimpin oleh Najib Razak yang telah dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah. Bersamanya ialah Ahmad Zahid Hamidi,” kutukan Mahathir secara terbuka.

Dengan optimisnya Mahathir mencanangkan bahawa Pejuang telah meletakkan 42 calonnya untuk membentuk kerajaan negeri tanpa memerlukan sokongan parti lain di PRN Johor, tetapi kesemua 42 calonnya telah kalah dan hilang wang deposit.
Dalam Kongres Maruah Melayu, Mahathir masih menghina kaum Melayu sebagai ‘pemalas’ sedangkan merujuk kepada pandangan intelektual Melayu, klise sedemikian adalah pandangan ‘kepala otak’ yang masih dijajah oleh penjajah Barat sebagaimana didakwa oleh Prof Dr Syed Hussein Al-Atas.


Setelah Mahathir ditendang keluar daripada PPBM (Bersatu) rentetan daripada komplot Langkah Sheraton, ketika itulah Mahathir menubuhkan parti picisan Pejuang.
Lagi sekali Pejuang juga berpaksikan kaum Melayu, kononnya mahu membela nasib kaum Melayu yang Mahathir sendiri abaikan selama 22 tahun.
Mahathir terus-terusan menghina kaum Melayu serta kejujuran pengundi Melayu Johor dengan mengatakan mereka ‘terpengaruh dengan UMNO kerana wang’ setelah Pejuang kalah teruk di PRN Johor.

Mahathir lupa bahawa pengundi Johor menentang amalan kronisme yang lebih mengutamakan kapitalis, dan nepotismenya yang mementingkan kekayaan kaum keluarganya, malahan kaum Melayu tidak mahu mengulangi kesilapan mereka pada PRU14 kerana terpedaya dengan janji manis manifesto yang Mahathir anggap bukan kitab ‘Bible’.
Hanya kerana majoriti kaum Melayu tidak lagi mempercayai Pejuang, dan Gerakan Tanah Air, mereka tidak sepatutnya dituduh menyokong UMNO kerana wang.
Jika BR1M dianggap sebagai sogokan wang kepada rakyat maka Mahathir juga hendaklah merujuk kepada kerajaan United Kingdom yang memperuntukkan wang bantuan mingguan kepada rakyat miskin dan begitu juga bantuan tahunan kerajaan Singapura kepada rakyatnya.

Kemudian Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO mempunyai peluang yang kuat untuk memenangi PRU15 kerana “ia mempunyai banyak wang” tetapi yang terbongkar sekarang, parti manakah yang menyogok pengundi dengan wang sehingga diheret ke mahkamah?
Hakikatnya sebagaimana yang didedahkan oleh MSN, Mahathir mempunyai harta kekayaan yang disembunyikan di luar negara bernilai USD45 bilion atau mengikut kadar semasa RM209.25 bilion.

Adakah kerana Mukhriz sedar bahawa rakyat jelata sudah muak dengan ‘ratibnya’ yang mencaci-cerca DS Najib, dan menghina kaum Melayu sebagai ‘pemalas’, maka Mukhriz sendiri tidak suka bapanya berada dalam Pejuang?
Pejuang mempunyai empat kerusi DUN iaitu di Jitra, dan di Anak Bukit, Kedah, di Jeram dan di Kuang Selangor, yang mereka menangi ketika bertanding di bawah tiket Bersatu pada 2018.
Mukhriz sedar survival atau kesinambungan hayat mereka bergantung kepada gabungan parti yang dominan seperti PN atau PH.
Malangnya kedua-dua gagasan besar itu menolak Pejuang.
Lantas, lebih baiklah Mukhriz menerima nasihat Tuan Ibrahim daripada hidup tak berguna, mati tak mahu.
******
Tinggalkan Jawapan